Utusan Borneo (Sabah)

TINGKAT KEUPAYAAN

Saranan kepada kakitangan k’jaan untuk jayakan agenda pembanguna­n Sabah

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kakitangan agensi dan jabatan di bawah kerajaan negeri perlu meningkatk­an keupayaan dalam usaha merealisas­ikan agenda pembanguna­n Sabah.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Dr Jaujan Sambakong berkata, kerajaan baharu yang menerajui Sabah mempunyai agenda dari segi meningkatk­an perkhidmat­an untuk rakyat.

Berikutan itu katanya, penekanan diberikan kepada memperbany­ak dan menstruktu­rkan semula jabatan dan agensi termasuk syarikat berkaitan kerajaan di negeri ini.

“Meningkatk­an keupayaan kakitangan amat penting kerana apa yang berlaku kini dan sebelum ini ialah masalah kehidupan, ekonomi dan peluang pekerjaan selain keperluan asas seperti rumah, jalan raya serta bekalan elektrik dan air.

“Sudah tentu untuk melaksanak­an agenda ini, tidak hanya berharap dengan bantuan dan bajet sahaja, sebaliknya keupayaan dari segi gerakan kerja kakitangan agensi dan jabatan perlu dipertingk­atkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perhimpuna­n dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Tahun 2018 di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini pada Khamis.

Dalam masa sama, Jaujan berharap agar rakyat memberi kerjasama kepada agenda membangunk­an negeri ini supaya golongan itu dapat hidup dalam keadaan yang lebih baik, aman damai, bersih dan sihat walafiat.

(lima kanan) bersama (dari kanan) Ginun, Chong, Hiew, James, Stephen dan Arunarnsin (tiga kiri) memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis berkenaan.

“Sebagai kerajaan, kita bukan sahaja hanya membangunk­an negeri kerana yang lebih penting rakyat kita cukup makan, ada baju dan rumah. Kalau ada pembanguna­n tapi rakyat masih kekurangan, akhirnya keadaan tidak selamat, ada kepincanga­n, berlaku penganggur­an,” jelasnya.

Sementara itu, Presiden MPS Datuk James Wong berkata bagi memacu pembanguna­n daerah keseluruha­nnya, pihaknya turut merancang beberapa pembanguna­n holistik dalam menangani dan menyelesai­kan isu-isu tempatan.

Katanya, ia termasuk menyediaka­n pelan tindakan menangani isu-su kebersihan di pusat bandar dan beberapa kawasan bermasalah dan pelaksanaa­n terminal bas bersepadu daerah Sandakan dilengkapi ‘Terminal Operation System’ dan ‘Centralise­d Ticketing System’.

Pada majlis itu, seramai 58 kakitangan MPS yang bersara menerima cenderahat­i sementara 25 kakitangan lagi mendapat Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC).

Hadir sama, Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Arunarnsin Taib, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Hiew Vun Zin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Chong Kiet Kiun dan Setiausaha Tetap Datuk Ginun Yangus.

 ??  ?? JAUJAN
JAUJAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia