Utusan Borneo (Sabah)

Keluar PBRS, masuk UPKO

Bersatu, berjuang dalam satu parti

-

TUARAN: Lima Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang keluar parti baru-baru ini telah menyerahka­n borang keahlian kepada Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO).

Mereka ialah Ketua Bahagian PBRS Tandek Doison Dansi, Paiman Galimbu (Kundasang), Hendry Luaran (Tamparuli), Suhardi Suyatin (Sulaman) dan Ketua Bahagian PBRS Kadamaian Jeremmy Malajad.

Pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata kelima-lima mereka mengumum keluar daripada PBRS beberapa hari lepas dan menyatakan sokongan terhadap UPKO.

“Pada hari ini mereka menyerahka­n borang keahlian kepada UPKO dan saya difahamkan apabila mereka balik ke bahagian masingmasi­ng akan ada satu lagi majlis penyerahan borang keahlian UPKO daripada ketua-ketua cawangan serta ahli PBRS di bahagian mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Santai Raya dan Kaamatan UPKO bahagian Tuaran di sini, malam Rabu.

Pada majlis itu kelima-lima mereka telah menyerahka­n borang keahlian berkenaan kepada Madius yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Madius berkata tindakan kelima-lima bekas Ketua Bahagian PBRS itu menunjukka­n mereka mendengar seruan UPKO untuk bersatu padu dan berjuang dalam satu parti iaitu UPKO susulan apa yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS), PBRS dan UPKO meninggalk­an BN selepas kekalahan mengejut parti berkenaan dalam PRU14 dan kesemua mereka berpendapa­t BN tidak lagi mendapat sambutan daripada rakyat.

UPKO bertindak meninggalk­an BN dan kemudianny­a bersama-sama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) serta Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan kerajaan baharu negeri Sabah, manakala PBS telah mewujudkan satu gabungan baharu di Sabah iaitu Gabungan Bersatu dengan mengajak semua parti komponen BN menyertai gabungan berkenaan.

Madius berkata keputusan UPKO untuk meninggalk­an BN adalah sangat tepat pada masanya.

“Kini kita lihat BN hanya ada tiga parti komponen iaitu MCA, MIC dan UMNO. Parti komponen yang lain telah meninggalk­an BN termasuk parti-parti di Sarawak. Jadi tindakan kita (UPKO) meninggalk­an BN selepas sahaja pilihan raya lepas adalah sangat tepat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta ketua-ketua bahagian dan cawangan UPKO memainkan peranan masing-masing untuk memberi penjelasan kepada ahli-ahli di peringkat akar umbi.

“Saya difahamkan ada lagi pemimpin di peringkat akar umbi masih lagi keliru terhadap tindakan parti untuk meninggalk­an BN. Jadi saya minta kepada ketua pergerakan masing-masing berjumpa dengan mereka dan beri penjelasan secara bersemuka.

“Apa yang sangat penting adalah perhubunga­n di antara pemimpin dan ahli di peringkat akar umbi agar kita boleh memberi penjelasan kepada mereka dengan lebih terperinci,” katanya. - Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? MADIUS (empat, kanan) menerima borang kemasukan UPKO daripada Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Kadamaian yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Kadamaian Jeremmy Malajad (lima, kanan) dalam majlis Santai Raya dan Kaamatan UPKO...
Gambar BERNAMA MADIUS (empat, kanan) menerima borang kemasukan UPKO daripada Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Kadamaian yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Kadamaian Jeremmy Malajad (lima, kanan) dalam majlis Santai Raya dan Kaamatan UPKO...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia