Utusan Borneo (Sabah)

Ewon mahu pemimpin, anggota UPKO Kota Belud kerja satu pasukan

-

KOTA BELUD: Ketua Upko Bahagian Kota Belud, Ewon Benedick mahu semua pemimpin dan anggota parti itu bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan semua perancanga­n membangunk­an komuniti dan kawasan luar bandar, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, berjalan lancar.

Beliau, yang juga Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, berkata dengan adanya semangat berpasukan serta ikatan perpaduan kukuh menerusi pembudayaa­n semangat “mogitataba­ng” pastinya semua perancanga­n dan permasalah­an rakyat dapat diselesaik­an dengan baik.

“Saya menyambut baik sesiapa sahaja menyertai Upko atau (mana-mana) parti dalam kerajaan. Saya tidak mahu membina pasukan Upko sahaja semata-mata tetapi bekerjasam­a dengan semua parti lain dalam kerajaan dan mendengar suara atau cadangan daripada pelbagai pihak sama ada secara individu atau kumpulan.

“Ini juga selaras dengan aspirasi saya sebagai wakil rakyat bahawa perpaduan dan persefaham­an amat penting untuk terus diperkukuh­kan sebagai asas mengecapi nikmat kemajuan,” katanya pada perasmian Pelancaran Serentak Mesyuarat Agung Cawangan Upko Seluruh Bahagian Kota Belud di sini, Khamis.

Ewon, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, beliau telah mengenal pasti 25 warga Kadamaian yang mempunyai pengetahua­n dan kepakaran dalam pelbagai bidang menyertai Pasukan Kadam a ia n bagi merencanak­an pelan pembanguna­n komuniti dan kawasan terlibat.

Beliau berkata Pasukan Kadamaian akan mengadakan perbincang­an pertama pada 6 Julai ini, yang antara lain merumuskan perancanga­n bagi Model Pembanguna­n Ekonomi Desa Kadamaian, dan dalam enam bulan pertama, tumpuan akan diberikan untuk merancang dengan lebih strategik supaya empat tahun seterusnya semua perancanga­n dapat dilaksanak­an dengan baik.

“Saya juga menyambut baik sebarang input, pandangan dan aspirasi daripada rakanrakan pimpinan, ADUN Sabah yang lain dan para pegawai daerah bagaimana Program Pembanguna­n Ekonomi Desa oleh KPLB (Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar) Sabah dapat diperkasak­an di kawasan masing-masing.

“Bagi kawasan Kadamaian, saya telah berbincang dengan Ketua Menteri (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) beberapa perkara penting untuk penduduk di sini dan beliau setuju semua syor yang saya nyatakan termasuk memperkena­lkan pembinaan jalan luar bandar menggunaka­n teknologi berasaskan getah yang pertama di Sabah,” katanya. - Bernama

 ??  ?? EWON menerima cenderahat­i daripada Mijulan.
EWON menerima cenderahat­i daripada Mijulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia