Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang maut digilis lori

Kemalangan membabitka­n tiga kenderaan termasuk motosikal mangsa

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTAK INA BALU: Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis lori di Jalan Lintas berhampira­n taman perumahan di Lido, awal pagi Khamis.

Mangsa Khairul Hisyam Sham Hari, 30, berasal dari Penampang dan disahkan maut serta-merta di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata kejadian jam 9.20 pagi itu membabitka­n tiga kenderaan termasuk motosikal yang dinaiki mangsa dan kereta sedan serta lori.

“Kejadian berlaku apabila motosikal mangsa bergesel dengan kereta sedan yang dipandu seorang wanita berumur 28 tahun, menyebabka­n motosikal mangsa terbabas sebelum dilanggar dan digilis lori yang dipandu lelaki berumur 56 tahun,” katanya.

Beliau berkata impak kemalangan menyebabka­n mangsa meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian akibat kecederaan teruk pada bahagian badan dan kepala.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabka­n kematian.

“Jika didapati bersalah, pemandu boleh dikenakan hukuman penjara minimun dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda RM5,000 sehingga RM20,000, selain lesen memandu digantung,” katanya.

“Kejadian berlaku apabila motosikal mangsa bergesel dengan kereta sedan yang dipandu seorang wanita berumur 28 tahun, menyebabka­n motosikal mangsa terbabas sebelum dilanggar dan digilis lori yang dipandu lelaki berumur 56 tahun. ”

ASISTEN KOMISIONER M CHANDRA Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

 ??  ?? KEADAAN di lokasi kejadian.
KEADAAN di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia