Utusan Borneo (Sabah)

Wanita maut gantung diri

- Oleh YUSOP TEPPO

S ANDA KAN: Seorang wanita warga Filipina ditemukan mati akibat membunuh diri dengan menggantun­g diri menggunaka­n kabel elektrik di Blok 2, tingkat bawah, Apartmen Indah Jaya, Batu 4, lewat petang Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Superinten­dan Abdul Fuad Abdul Malek yang mengesahka­n kejadian itu berkata mangsa berumur 20an ditemukan tergantung di tepi tingkap dalam bilik berkenaan oleh pihak polis.

Terdahulu kata beliau, pihaknya menerima satu laporan kira-kira jam 8.05 malam yang dibuat oleh anggota polis yang bertugas di Pusat Kawalan, Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan berkaitan kejadian bunuh diri oleh seorang wanita warganegar­a Filipina.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati pada 27 Jun jam 6.50 petang, saksi kejadian yang juga merupakan jiran mangsa ternampak dari luar tingkap rumah itu ada orang yang tergantung dalam bilik rumah terbabit.

“Pihak polis telah membuka jeriji besi pintu rumah untuk masuk ke dalam dengan menggunaka­n kunci yang ada di atas meja di depan rumah. Apabila pintu dibuka didapati mangsa tergantung di tepi tingkap dalam bilik dan tidak bernyawa lagi,” katanya.

Fuad berkata siasatan lanjut juga mendapati mangsa membunuh diri dengan cara menggantun­g diri menggunaka­n kabel elektrik di dalam bilik tidurnya.

“Pemeriksaa­n di tempat kejadian oleh pasukan siasatan tidak ada menemui sebarang kesan pergelutan dan tidak ada kesan luka atau kecederaan pada tubuh mangsa, yang ada hanya kesan jerutan di bahagian leher,” katanya.

Katanya mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematianny­a.

Fuad berkata siasatan kes ini diklasifik­asikan sebagai mati mengejut memandangk­an tidak ada sebarang unsurunsur jenayah yang berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia