Utusan Borneo (Sabah)

Rogol gadis bawah umur, OKU dikenakan bon berkelakua­n baik

- Oleh NURFARAHAA­MNI HAAMSIR (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) dikenakan bon berkelakua­n baik selama dua tahun, oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap Mohd Azhar Jeminos, 23, diwakili peguam Azhier Farhan Arisin, yang mana pada Khamis untuk jatuh hukum.

Mahkamah mengarahka­n tertuduh membayar RM10,000 deposit RM5,000, dicagarkan seorang penjamin tempatan yang harus daripada ahli keluarga tertuduh.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan, merogol mangsa berusia 15 tahun pada waktu kejadian, pada Mac 2015 di sebuah pondok kampung, daerah Tuaran.

Hukuman yang diperuntuk­kan jika sabit salah, penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat.

Sebelum ini, tertuduh hanya mengaku salah atas pertuduhan, selepas diperintah­kan mahkamah untuk membela diri atas pertuduhan berkenaan.

Menurut Azhier, anak guamnya terlibat dalam kemalangan pada 21 Mac 2017 sebelum perbicaraa­n kes berkenaan bermula.

Tertuduh mendapatka­n rawatan di Hospital Queen Elizabeth II dan disahkan mengalami kecederaan otak yang teruk, mengakibat­kan lumpuh separuh badan, pergerakan dan percakapan­nya terjejas.

Mahkamah juga mengarahka­n tertuduh membayar pampasan kepada mangsa sebanyak RM10,000 atau gagal berbuat demikian, penjara enam bulan dikenakan.

Mohd Azhar yang ditemani ibunya turut diperintah­kan berada dalam pengawasan polis selama tempoh dua tahun.

 ??  ?? MOHD Azhar (tengah) ditemani ibunya mendengar penjelasan peguam Azhier.
MOHD Azhar (tengah) ditemani ibunya mendengar penjelasan peguam Azhier.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia