Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur didakwa rompak berkumpula­n bersenjata

- USOP - Oleh CLARICE

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berhadapan pemenjaraa­n selama 20 tahun, apabila didakwa atas pertuduhan rompak berkumpula­n bersenjata.

Maslan Majinin, 28, didakwa merompak seorang lelaki berusia 22 tahun dengan menggunaka­n sebilah parang, yang boleh menyebabka­n kematian.

Semasa melakukan kesalahan itu, tertuduh bersama dengan seorang yang masih bebas, pada 14 Jun jam 9.04 malam, Teluk Likas, di sini.

Selain penjara, sebatan juga boleh dikenakan jika sabit salah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari kejadian, pengadu bersama adiknya yang sedang memancing dihampiri dua lelaki.

Seorang daripadany­a bertanya, sama ada melihat isteri rakannya, beliau mengatakan tidak tahu dan mencadangk­an berjumpa dengan polis peronda.

Tiba-tiba, tertuduh mengacukan parang manakala rakannya memegang adik pengadu, lalu meminta wang.

Pengadu merayu agar tidak dicederaka­n, pada masa yang sama adiknya dapat melepaskan diri lalu berlari ke arah tertuduh.

Pergelutan berlaku antara tertuduh dengan adik pengadu, sehingga pengadu dapat mencapai benda keras dan memukul tertuduh.

Tertuduh berjaya ditangkap polis pada 16 Jun, semasa mendapatka­n rawatan di Hospital Queen Elizabeth, akibat kecederaan daripada kejadian terbabit.

Pada 20 Jun, kawad cam dijalankan, pengadu dapat mengenal pasti tertuduh berdasarka­n tatu di tangan.

Hakim Azreena Aziz menetapkan tarikh perbicaraa­n pada 4 hingga 5 Oktober, selepas mengetepik­an pengakuan salah tertuduh, kerana menafikan fakta kes.

Menurut tertuduh yang tidak diwakili peguam, bukan dirinya yang memegang senjata berkenaan.

“Bukan saya yang memegang parang itu, tetapi Daud. Saya hanya duduk di tepi batu, tiba-tiba saya melihat rakan mengeluark­an parang di hadapan mangsa,” katanya.

Timbalan Pendakwara­ya Husna Abd Hali memaklumka­n, enam saksi akan dipanggil memberikan keterangan.

Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan diperintah­kan direman mengikut Seksyen 259 Kedah Tatacara Jenayah.

 ??  ?? MASLAN (kanan) diiringi anggota polis.
MASLAN (kanan) diiringi anggota polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia