Utusan Borneo (Sabah)

Masuk negara ini tanpa pas, empat lelaki dipenjara dan sebat

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, mengenakan hukuman penjara dan sebat terhadap empat lelaki warga asing yang memasuki negara ini tanpa pas yang sah.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Sadan Benri, 23, Latif Noh, 23, Ali Moktar Habel, 23, dan Mohd Azwan Hasinin, 20, selepas mengaku salah.

Latif dan Ali masing-masing dikenakan penjara empat bulan, manakala Sadan dan Mohd Azwan menjalani pemenjaraa­n lima bulan.

Selain daripada itu, mahkamah juga memerintah­kan Sadan, Latif dan Ali Moktar dikenakan satu sebatan.

Mereka disabitkan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, denda maksimum RM10,000 atau penjara selama lima tahun, atau kedua-duanya serta tidak melebihi enam sebat.

Semasa rayuan, mereka yang tidak diwakili peguam memohon agar hukuman diringanka­n dan segera dihantar pulang ke negara asal.

Pegawai Pendakwa Insp Lim Swee Beng menegaskan, hukuman yang setimpal harus dikenakan.

Azreena memerintah­kan mereka menjalani pemenjaraa­n bermula dari tarikh tangkap, setelah itu dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Di Kota Tinggi, seorang penyelia ladang dijatuhi hukuman denda RM100 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memasang bunga api tanpa lesen, pertengaha­n bulan ini.

Majistret Mazana Sinin turut memerintah tertuduh, Nor Isham Tukiman,35, dipenjara sebulan sekiranya dia gagal membayar denda tersebut

Mengikut kertas pertuduhan, Nor Isham didakwa memasang bunga api tanpa suatu lesen yang diberikan di bawah Seksyen 3(1) Akta Kesalahan- Kesalahan Kecil 1955 di hadapan rumah di Felda Papan Timur, dekat Kota Tinggi, pada kira-kira 10 malam, 14 Jun lepas.

Dia dituduh mengikut Sekyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak melebihi RM100 atau penjara tidak lebih dari sebulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes Nor Isham memasang bunga api tanpa lesen dengan menyalakan‘ mercun kelapa’ yang diletakkan di dalam paip pvc warna biru untuk ditembak ke arah langit, namun telah meletup di atas tanah di hadapan rumah Felda Papan Timur berkenaan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Azlin Zeti Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut memberi amaran keras kepada tertuduh supaya dia tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia