Utusan Borneo (Sabah)

Rumah terbuka IPD Penampang meriah

- Oleh MUHAMMAD IKRAM IQBAL (PELATIH UMS)

PENAMPANG: Bahang kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih terasa di Ibu Pejabat Daerah Penampang (IPD) pagi Khamis.

Majlis berlangsun­g seawal jam 10 pagi dan perkaranga­n balai dimeriahka­n dengan kehadiran ramai tetamu yang terdiri daripada pegawai bertugas, media dan juga keluarga anggota.

Terdapat 11 gerai yang dibuka sendiri oleh setiap cawangan di IPD Penampang bagi memeriahka­n lagi suasana selain menunjukka­n kepelbagai­an hidangan yang disediakan cawangan masingmasi­ng.

Di setiap gerai, tetamu boleh merasai pelbagai juadah tempatan seperti kambing golek, sup tulang, sate dan minuman berperisa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim ketika ditemui berkata, tujuan majlis adalah untuk mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan pegawai dan anggota IPD Penampang.

Selain itu pemimpin tempatan turut dijemput bersama untuk meraikan majlis.

“Pada masa yang sama, majlis ini juga bertujuan mengeratka­n hubungan antara pihak IPD Penampang bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kepayan.

“Kita turut menerima kehadiran Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah, ketua polis daerah Papar dan Kota Kinabalu serta ketua jabatan lain,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih atas kunjungan, sambutan dan sokongan semua pihak yang hadir bagi menjayakan program pagi itu.

Majlis dihadiri kira-kira seribu orang dan dimeriahka­n lagi dengan iringan kumpulan muzik, karaoke, cabutan bertuah dan pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

 ??  ?? HARIS dan tetamu undangan mengagihka­n duit raya kepada kanak-kanak.
HARIS dan tetamu undangan mengagihka­n duit raya kepada kanak-kanak.
 ??  ?? HARIS bergambar bersama tetamu undangan majlis itu.
HARIS bergambar bersama tetamu undangan majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia