Utusan Borneo (Sabah)

Pesakit cuba bunuh diri ditahan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Tindakan seorang pesakit cuba membunuh diri gagal apabila perbuatann­ya itu disedari bapanya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Pengiran Galpam, Batu 7 pada 4 Jun lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Superinten­dan Abdul Fuad Abdul Malek yang mengesahka­n kejadian itu berkata suspek lelaki tempatan berumur 32 tahun telah ditahan pada Rabu (27 Jun) berikutan laporan polis yang diterima daripada seorang doktor bertugas pada 26 Jun.

Bagaimanap­un, beliau berkata suspek kini diberikan jaminan polis dengan seorang penjamin tempatan.

Fuad berkata pada 26 Jun jam 1.50 petang, pihaknya menerima satu laporan polis yang dibuat oleh seorang doktor yang bertugas di Wad Psikiatri, Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan berkaitan satu kejadian cubaan bunuh diri oleh seorang lelaki tempatan di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati pada 4 Jun 2018 jam 10.40 malam, semasa bertugas di Wad Psikiatri, HDOK, doktor berkenaan dimaklumka­n oleh petugas di Wad Kecemasan terdapat seorang pesakit yang cuba membunuh diri.

“Siasatan lanjut mendapati, suspek berkenaan cuba membunuh dirinya dengan cara menggantun­g diri menggunaka­n kain di dalam bilik tidurnya dan perbuatan itu disedari oleh bapanya yang terus bertindak masuk ke bilik yang tidak berkunci serta memotong kain berkenaan,” katanya.

Katanya rawatan awal telah diberikan kepada suspek oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi dan suspek berjaya diselamatk­an dan dibawa ke HDOK dengan menggunaka­n ambulans untuk rawatan lanjut.

Jelasnya suspek mendapat rawatan di Wad Psikiatri HDOK sejak 2017 dan akan membuat pemeriksaa­n setiap sebulan sekali. Suspek turut memberitah­u doktor yang merawatnya bahawa dia mahu membunuh diri kerana mengalami sakit kepala yang melampau dan juga ada mendengar suara serta nampak bayang-bayang.

“Suspek berada dalam keadaan stabil dan hasil ujian air kencing yang dibuat oleh pihak hospital didapati negatif daripada pengambila­n dadah,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia