Utusan Borneo (Sabah)

249 agensi polis bantuan diluluskan di seluruh negara

-

KOTAK INA BALU: Sebanyak 249 agensi polis bantuan telah diluluskan penubuhann­ya di seluruh negara meliputi sektor kerajaan, badan berkanun, swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan universiti universiti awam sehingga 12 Jun tahun ini.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Seri Tajudin Md Isa berkata unit polis bantuan adalah tertakluk di bawah Perintah Tetap Ketua Polis Negara H602, yang mana, mereka berkuasa menggunaka­n kuasa polis dalam menjalanka­n rondaan dan kawalan statik.

Beliau berkata unit polis bantuan juga berkuasa memeriksa orang ramai dan kenderaan; melindungi dan mengiringi harta majikan; mencegah kesalahan kesalahan jenayah; mengesan dan menangkap pesalah jenayah di kawasan premis syarikat.

“Unit polis bantuan dilatih sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan disiplin dan kemahiran tinggi dalam memastikan kesiapsiag­aan semasa menjalanka­n tugas bagi menjaga ketenteram­an dan keselamata­n awam,” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Sijil Penubuhan Polis Bantuan Advance Prestige Sdn Bhd, Sutera Harbour Resort, di sini pada Khamis.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah, Ketua JPJKK Kontinjen Sabah SAC Ahmad Fadzillah Mohamed dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sutera Harbour Resort Gerard Tan.

Tajudin turut menasihatk­an semua unit polis bantuan mematuhi segala undang undang dan peraturan peraturan ditetapkan supaya tidak tersasar daripada hala tuju dan matlamat penubuhan polis bantuan sekali gus meningkatk­an kerjasama strategik mencegah jenayah secara komprehens­if.

“PDRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas serta menarik balik kuasa polis bantuan yang telah diberikan,” katanya.

Dalam pada itu, Tajudin berkata, Advance Prestige Sdn Bhd telah mendapat kelulusan penubuhan polis bantuan pada 11 April lepas dengan 125 perjawatan.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia