Utusan Borneo (Sabah)

Bersyukur sambut perayaan dalam suasana tenang

-

KOTA BELUD: Masyarakat terutamany­a umat Islam wajar bersyukur kerana sekali lagi dapat menyambut Syawal dalam suasana tenang, aman dan selamat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk Datuk Musbah Haji Jamli berkata, bulan berkenaan menyediaka­n pelbagai rahmat dan ganjaran kepada seluruh umat Islam, juga wajar dijadikan peluang terbaik untuk merapatkan serta memperkuku­hkan hubungan silaturahi­m dengan sesama atas semangat persaudara­an dalam Islam.

Katanya, semangat perpaduan yang dimaksudka­n ialah sesama umat Islam dan juga antara umat Islam dan penganut agama lain di negara ini.

“Sebagai umat Islam kita wajar mengambil peluang ini untuk memperkuku­hkan semula tali silaturahi­m sesama kita kerana situasi sekarang tidak begitu memberangs­angkan dan meyakinkan.

“Misalnya, walaupun dari segi bilanganny­a majoriti rakyat negara ini terdiri daripada penganut agama Islam namun hakikatnya kita terpisah menjadi kelompok-kelompok kecil mengikut ideologi politik, kefahaman dan pegangan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pertanding­an Lagu-Lagu Sama, Melayu Bebas dan Raya Terbuka 2018 di Kampung Gunding, di sini pada Selasa.

Turut hadir, semua AJK penganjur yang diketuai oleh Ketua Kampung Gunding Midi Sualin.

Sementara itu, johan kategori Hari Raya dimenangi oleh seorang musafir Amar Matzin, naib Johan Rohaida Maljib dan ketiga Mohd Gikri, manakala sagu hati masing-masing dimenangi oleh Adiq Didie, Asran Bujik dan Aliuddin.

Johan bagi kategori lagu Bajau Sama dimenangi oleh Nuryatie, tempat kedua Raidah Bandah dan ketiga Nuriyanieh Adi sementara hadiah sagu hati masing-masing Mohd Shukri, Aizan Baby Boy dan Marianie.

Johan lagu kategori bebas, johan disandang oleh Alezander Rippin, naib johan Nicholas dan ketiga Babdin, manakala sagu hati diterima oleh Wira, Alfian dan Elinah.

 ??  ??
 ??  ?? MUSBAH (kiri) menyampaik­an hadiah johan Lagu Bajau Sama kepada Nuryatie.
MUSBAH (kiri) menyampaik­an hadiah johan Lagu Bajau Sama kepada Nuryatie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia