Utusan Borneo (Sabah)

Gandingan muka lama dan baharu sayap Umno bahagian

-

KOTA MARUDU: Datuk Redonah Bahanda dan Syarifah Lydia Shariff Dandan masing-masing mengekalka­n jawatan sebagai ketua Wanita dan Puteri Umno Bahagian Kota Marudu apabila mereka diisytihar­kan menang tanpa bertanding bagi penggal 2018/2021.

Sementara Ketua Pemuda Umno Bahagian Mohd Faizal Saidi terpaksa berundur disebabkan faktor usia dan beliau digantikan oleh Arshad M oh d Yu s o f yang juga menang tanpa bertanding.

Arshad dan Syarifah Lydia bertanding sebagai exco pergerakan masing-masing di peringkat kebangsaan. Ketiga-tiga mesyuarat pemilihan perwakilan diadakan serentak di tempat yang berasingan.

Wanita Umno bersidang di Dewan Komuniti Kota Marudu, Pemuda Umno di Dewan Serbaguna Pekan Lama dan Puteri Umno di Hexal Hotel Kota Marudu.

Dalam ucapan perasmian persidanga­n itu, Ketua Umno Bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom @Mohd Fikri Bahanda berkata, Umno sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bekerja secara sukarela dan satu ketika dahulu bertindak sebagai tulang belakang kerajaan Barisan Nasional.

Katanya, memandangk­an kerajaan telah bertukar kepimpinan maka secara tidak langsung Umno menjadi sebuah NGO pembangkan­g yang terbesar di negara ini.

Menurutnya, Umno berusia 72 tahun dan telah bersama dalam kerajaan BN mentadbir negeri dan negara dan apabila digemparka­n dengan kekalahan baru-baru ini, ramai yang beranggapa­n Umno sudah tiada lagi.

Jelasnya, Umno masih berdiri sebagai parti politik yang terbesar dan masih relevan serta tidak kurang pengaruhny­a,

“Contohnya, di Parlimen Kota Marudu, Umno telah membantu calon Barisan Nasional memenangi kerusi DUN Tandek, Matunggong dan Parlimen Kota Marudu,” katanya.

Katanya, walaupun kerajaan BN tewas pada PRU14 namun Umno masih segak bekerja atau berkhidmat membantu tanpa mengambil kira status yang dibantu.

Sehubungan itu, ahli Umno di bahagian ini khasnya perlu belajar dan menjadikan kekalahan yang lalu sebagai satu platform ke arah memperbaik­i segenap kelemahan yang ada dalam parti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia