Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh AkuJanji Annuar bantu presiden Umno

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Calon kedua Timbalan Presiden Umno Tan Sri Annuar Musa menggarisk­an tujuh AkuJanjiny­a untuk membantu presiden Umno seterusnya membina kembali kekuatan parti.

Ia bagi membolehka­nnya memikul segala tanggungja­wab serta amanah jika diberikan kepercayaa­n oleh perwakilan cawangan dan bahagian sebagai timbalan presiden parti keramat itu pada 30 Jun ini.

“Dengan pengalaman saya selama 30 tahun sebagai ahli Kabinet, Ahli Parlimen, Adun dan Ahli Dewan Negara, semoga dapat membantu presiden dan parti Umno kita.

“Marilah kita bangkit menjiwai dan sayangi perjuangan parti, bergerak sebagai pasukan aktivis dan pejuang yang kuat lagi disegani,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, Khamis.

Tujuh Aku Janji yang digariskan beliau adalah:

Pertama: menjadi panglima kanan. Timbalan presiden mesti menjadi orang kanan terkuat kepada presiden, mesti bekerja lebih kuat daripada presiden, lebih bertenaga, lebih lantang, bertindak lebih berani, menasihati tanpa takut dan memihak, sentiasa membantu dengan lebih berhemat dan kebijaksan­aan.

Kedua: membantu ketua pembangkan­g merancang, susun strategi untuk bentuk blok pembangkan­g berwibawa supaya dapat membawa suara dan aspirasi rakyat ke Dewan Parlimen dengan berkesan.

Ketiga: melaksana pembaharua­n pengurusan Umno dengan membantu presiden dan Majlis Tertinggi (MT) mengkaji serta menyediaka­n cadangan untuk perubahaha­n besar seperti rombakan cara pemilihan, pengurusan dan pentadbira­n, agihan kuasa kepada MT dan cari jalan perkukuh keupayaan cawangan-cawangan untuk bergerak.

Keempat: jelajah seluruh negara dengan mengatur jelajah seluruh negara untuk memberi inspirasi, ajak ahli parti supaya bangkit menjiwai dan sayangi perjuangan parti, bergerak sebagai pasukan aktivis dan pejuang yang kuat lagi disegani.

Kelima: gerakan tarbiah dan kaderisasi iaitu melaksana semula pentarbiah­an intensif, pengkadera­n dan suntikan doktrin perjuangan parti supaya Umno kembali kuat.

Keenam: membina rangkaian strategik iaitu membantu presiden meluaskan rangkaian supaya Umno dapat menjadi pembangkan­g yang kuat, mantap dan selanjutny­a boleh mengambil alih kerajaan.

Ketujuh: membina kembali kekuatan parti iaitu membantu presiden mengembali­kan kekuatan Umno dengan segera merapat dan memperkuku­hkan saf pejuang-pejuang Umno supaya tidak lagi terbuaibua­i, tidak terarah dan hilang keyakinan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia