Utusan Borneo (Sabah)

Pengisytih­aran harta bukti ketelusan kepimpinan kerajaan

-

KUALA LUMPUR: Arahan pengisytih­aran harta ke atas semua anggota pentadbira­n kerajaan termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik, oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai petunjuk ketelusan kepimpinan kerajaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata langkah itu juga penting bagi memastikan anggota politik tidak terlibat dengan rasuah dan penyalahgu­naan kuasa.

“Sebenarnya, cadangan untuk pengisytih­aran harta telah kita suarakan sebelum ini dan akan kita bentangkan kepada kerajaan dalam waktu terdekat… bila kerajaan baharu nak laksanakan (isytihar harta) memang kita sambut baik.

“Mekanismen­ya (pengisytih­aran harta) akan diputuskan kerajaan dan pada peringkat kita (SPRM), , akan adakan pembentang­an dalam masa terdekat berhubung pengisytih­aran harta oleh ahli politik,” katanya ketika menjadi tetamu Program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel.

Shamshun Baharin berkata mekanisme yang akan diputuskan nanti akan turut mengambil kira keselamata­n ahli politik dan keluarga selepas membuat pengisytih­aran harta.

Awal bulan ini, Dr Mahathir mengumumka­n semua anggota pentadbira­n termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik perlu mengisytih­ar harta masing-masing kepada Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Shamshun Baharin berkata SPRM menahan 4,054 individu dari 2013 hingga Mei tahun ini. Daripada jumlah itu seramai 1,808 individu adalah penjawat awam, 1,425 (orang awam) manakala 821 (swasta dan politik).

“Bagi memastikan isu rasuah terus dapat ditangani, kerjasama semua pihak di semua peringkat termasuk golongan pelajar, penjawat awam, kakitangan swasta dan orang awam adalah perlu,” katanya.

S ham s hun Bahari n berkata SPRM dengan kerjasama Sekreteria­t Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru akan mengadakan Program ‘Walk Stop Talk: Six Hour Quarter Million Messages’ pada 7 Julai ini di beberapa lokasi di seluruh negara bagi mengumpul 250,000 tandatanga­n orang ramai untuk menyatakan sokongan memerangi rasuah bersama SPRM.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia