Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki menyamar pegawai SPRM direman

-

PUTRAJAYA: Bekas suami kepada seorang pelakon bersama seorang rakannya direman empat hari bagi membantu siasatan kes menyamar sebagai pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan meminta suapan sebanyak RM1 juta.

Perintah reman berkuatkua­sa pada Khamis itu dikeluarka­n oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas menerima permohonan daripada SPRM dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

Suspek yang tidak bekerja berumur 37 dan 38 tahun itu ditahan pada 5.30 petang dan 10 malam semalam di sebuah hotel di ibu negara ketika proses rundingan dan penyerahan bayaran tersebut berlangsun­g.

Menurut jurucakap SPRM, bekas suami pelakon berumur 38 tahun yang bertindak selaku perantara mendekati mangsa yang juga seorang ahli politik bergelar Datuk bagi menawarkan bantuan menyelesai­kan kes rasuah yang didakwa melibatkan individu itu.

Katanya modus operandi lelaki tersebut ialah mengaku mengenali pegawai SPRM yang boleh membawanya berjumpa ‘pegawai tinggi’ suruhanjay­a itu, sekaligus membantu menyelesai­kan kes.

DUA lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk tujuan permohonan reman bagi membantu siasatan kes menyamar sebagai pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan meminta suapan sebanyak RM1 juta.

Beliau berkata kedua-dua suspek juga dikatakan turut menggunaka­n surat rasmi kerajaan yang diperoleh daripada internet bagi menyakinka­n mangsa.

Semakan SPRM bagaimanap­un mendapati mangsa tidak mempunyai rekod sedang disiasat suruhanjay­a itu seperti didakwa oleh suspek, katanya.

Beliau berkata mangsa yang curiga mengenai perkara itu telah membuat laporan kepada SPRM dan berpakat bagi menangkap kedua-dua lelaki tersebut.

“Susulan itu, satu pertemuan diatur antara suspek dan mangsa di sebuah hotel sebelum kami menyerbu dan menahan mereka,” katanya.

Beliau berkata sebanyak RM50,000 yang dibayar sebagai wang pendahulua­n oleh mangsa turut dirampas selain dua telefon bimbit serta serta beberapa dokumen berkaitan milik suspek.-Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia