Utusan Borneo (Sabah)

Tarian Sabah dimartabat­kan

Pelihara warisan budaya etnik, kata Christina

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Festival Tarian Rakyat Belia Antarabang­sa martabatka­n tarian kebudayaan Sabah ke peringkat yang lebih tinggi.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew berkata, ia satu program yang unik dalam mempromosi­kan budaya etnik di negeri ini.

Menurutnya, semua peserta terdiri daripada pelajar sekolah dan ia secara tidak langsung menerapkan minat tarian rakyat lebih awal dalam kalangan pelajar.

“Festival ini membantu meningkatk­an kesedaran budaya dalam kalangan generasi muda tentang pentingnya memulihara dan memelihara warisan budaya kita.

“Selain memupuk persefaham­an menerusi budaya, program ini turut menjadi pentas dalam

(kiri) melancarka­n simbolik perasmian dengan memalu gong sebanyak sembilan kali sambil diperhatik­an tetamu jemputan lain.

“Festival ini membantu meningkatk­an kesedaran budaya dalam kalangan generasi muda tentang pentingnya memulihara dan memelihara warisan budaya kita. Selain memupuk persefaham­an menerusi budaya, program ini turut menjadi pentas dalam ” menunjukka­n bakat seni tarian rakyat. CHRISTINA LIEW Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

menunjukka­n bakat seni tarian rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurn­akan majlis pelancaran Tugu Budaya Etnik Sabah Kesembilan, di sini pada Khamis.

Tugu Budaya Etnik Sabah adalah program kesinambun­gan daripada Sabah Internatio­nal Folklore Festival (SIFF).

Festival Tarian Rakyat Belia Antarabang­sa dianjurkan di bawah program berkenaan dan tahun ini buat pertama kalinya ia melibatkan penyertaan pelajar dari sekolah luar negara.

Ia termasukla­h pelajar dari negara Rusia, Indonesia, Filipina, Uzbekistan dan Sri Lanka.

Christina turut berharap peserta dari Sabah dapat meraih kemenangan dalam festival tarian rakyat itu.

Tiket masuk boleh dibeli di Wisma Budaya Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Pusat Kebudayaan Sabah di Penampang dan Pusat Konservasi Balai Seni Lukis Sabah.

Acara pertanding­an tarian rakyat bermula pada 11 hingga 13 Julai 2018 dan harga tiket RM10 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak atau pelajar di bawah umur 17 tahun.

 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia