Utusan Borneo (Sabah)

Program Kesihatan Kesedaran Kanser pada 30 Jun

-

KOTA KINABALU: Persatuan Sukarelawa­n Kanser Sabah (PSKS) akan mengadakan Program Kesihatan Kesedaran Kanser di Grand Merdeka Mall pada 30 Jun ini, bermula jam 8.30 pagi hingga 3 petang.

Presiden PSKS Lawrence Imui berkata program itu bertujuan memberi kesedaran mengenai langkah-langkah pencegahan untuk menghindar­i penyakit kanser dalam kalangan masyarakat umum di Sabah.

Katanya, PSKS memainkan peranan penting sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dalam mewujudkan tahap kesedaran yang tinggi melalui program seumpama itu.

“Masyarakat kita lebih cenderung untuk menghadiri program berbentuk hiburan dan tidak ramai yang mahu mendalami program ilmiah dan kesedaran seperti ini.

“Justeru, PSKS menyeru agar masyarakat setempat yang berdekatan mengambil peluang ini untuk mendapatka­n maklumat berkaitan penyakit kanser dan mendengar sendiri perkongsia­n pengalaman daripada penghidap kanser yang masih lagi berjuang untuk melawan penyakit kronik ini,” katanya selepas mesyuarat persiapan terakhir program itu di Bilik Mesyuarat Grand Merdeka Mall, petang Rabu.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Pengurus Acara Grand Merdeka Mall Cherci Chin dan para sukarelawa­n PSKS.

Program Kesihatan Kesedaran Kanser anjuran PSKS telah diadakan di beberapa daerah setakat Jun tahun ini termasuk Ranau, Kudat, Tamparuli, Keningau dan Bongawan.

Orang ramai berpeluang untuk mendapatka­n saringan kesihatan seperti pemeriksaa­n tekanan darah, BMI, ujian gula, kolestrol dan vaksinasi HPV serta ujian Pap Smear oleh Klinik Nur Sejahtera (LPPKN).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubung­i Lawrence (011-31318429) atau Kenny Thomas (010-2267060).

 ??  ?? LAWRENCE (dua dari kanan) bersama AJK PSKS merakam gambar kenangan.
LAWRENCE (dua dari kanan) bersama AJK PSKS merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia