Utusan Borneo (Sabah)

CAKK anjur dua kejohanan pada Ogos, November

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Persatuan Berbasikal Kota Kinabalu (CAKK) akan menganjurk­an dua kejohanan utama lagi penghujung tahun ini.

Presiden CAKK, Eric Ye berkata, kejohanan terdekat adalah Cabaran Berbasikal Mountain Bike (MTB) Kali Keempat CAKK 2018 yang akan berlansung di SK Bantayan, Tamparuli pada 19 Ogos depan.

Kejohanan yang mempertand­ingkan enam kategori dan melibatkan dua jarak iaitu 60km dan 30km itu dijangka disertai 150 peserta.

Kategori yang dipertandi­ngkan adalah Lelaki Elit Terbuka (60km), Lelaki Terbuka (30km), Lelaki Veteran 45 tahun ke atas (30km), Wanita Terbuka (30km), Lelaki Junior 18 tahun ke bawah (30km) dan Fat Bike Terbuka.

Kejohanan utama kedua adalah Kota Kinabalu Century Cycling Race Kali Keenam 2018 pada 18 November.

Kejohanan yang akan berlangsun­g di kawasan letak kereta Kompleks Sukan Kota Kinabalu itu mempertand­ingkan sembilan kategori iaitu Jalan Raya Lelaki Terbuka Elit (120km), Jalan Raya Lelaki Veteran 40 tahun ke atas (120km), Jalan Raya Wanita Terbuka (120km), Jalan Raya Lelaki Junior 13-18 tahun (95km), MTB Lelaki Terbuka (95km), MTB Lelaki Veteran 40 tahun ke atas (95km), MTB Lelaki Junior 18 tahun ke bawah (75km), MTB Wanita Terbuka (75km) dan MTB Wanita Veteran 40 tahun ke atas (50km).

Kejohanan itu dijangka akan disertai 600 peserta dari dalam dan luar negeri.

Eric memberitah­u perkara itu semasa bersama jawatankua­sanya melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Belia Dan Sukan, Frankie Poon di Kementeria­n Belia Dan Sukan Sabah (KBSS) di Wisma Muis dekat sini, Selasa lalu.

CAKK juga telah menjemput Frankie sebagai tetamu kehormat seterusnya melepaskan peserta kejohanan pada November itu.

Turut bersama pada majlis itu adalah Setiausaha Tetap KBSS Datuk Awang Damit Awang Anak dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Terrance Pudin.

 ??  ?? FRANKIE (tengah), Eric (lima dari kiri) dan rombongan CAKK serta Awang Damit (lima dari kanan) dan Terrance (empat dari kanan) memegang poster iklan dua kejohanan yang akan dianjurkan CAKK pada Ogos dan November tahun ini.
FRANKIE (tengah), Eric (lima dari kiri) dan rombongan CAKK serta Awang Damit (lima dari kanan) dan Terrance (empat dari kanan) memegang poster iklan dua kejohanan yang akan dianjurkan CAKK pada Ogos dan November tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia