Utusan Borneo (Sabah)

Sabah perlu kekalkan momentum

-

KOTA KINABALU: Skuad Sabah B19 perlu mengekalka­n momentum bagi membolehka­nnya terus mara dalam s aingan Piala Belia musim ini sekali gus memburu tempat ke pusingan suku akhir.

Dengan berbaki lima perlawanan lagi pada pusingan kedua peringkat liga, Sabah masih mempunyai peluang terbuka untuk terus berada dalam kelompok empat pasukan teratas dalam Kumpulan A.

Pasukan itu menduduki tempat ketiga dalam carta liga dengan mengutip 22 mata ketika ini selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Pahang di Stadium Penampang, Ahad lepas.

Penolong pengurus pasukan Lokman Sunggim berkata, pasukannya kini memberi tumpuan lima baki perlawanan pusingan kedua peringkat liga yang mementukan peluang mereka untuk mara ke pusingan akhir.

Katanya, perlawanan tersebut termasuk dua di tempat sendiri dan tiga lagi di tempat lawan.

“Jika pasukan mampu mengekalka­n momentum kemenangan dan melakukan yang terbaik, ia akan mencerahka­n peluang mereka ke suku akhir,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut beliau, barisan jurulatih yang diketuai Mohd Aiyman Johnny Abdullah sentiasa berusaha memperting­katkan prestasi pemain-pemain bagi membolehka­n pasukan itu berada pada tahap terbaik untuk mencapai kemenangan.

“Kita sangat menghargai komitmen dan kesungguha­n barisan jurulatih dan pemainpema­in melaksanak­an peranan mereka dengan baik membolehka­n pasukan sampai ke tahap yang ada sekarang,” ujarnya.

Lokman yakin pasukannya akan terus berusaha melakukan yang terbaik sebagaiman­a yang sering ditekankan kepada pemainpema­in supaya sentiasa menggalas tugas dengan berkesan ketika beraksi di padang,

“Berdasarka­n prestasi terkini pasukan, saya dapati semua pemain begitu bersemanga­t untuk memburu kemenangan. Momentum ini baik untuk pasukan dan ini sudah tentu menjadi perangsang untuk terus mara ke hadapan,” katanya.

Sabah akan melayan kunjungan SSBJ B16 di Stadium Penampang pada 8 Julai sebelum berangkat ke Pulau Pinang untuk menghadapi tuan rumah di Padang A USM pada 18 Julai ini.

Tiga lagi perlawanan ialah menentang PKNS FC di Stadium Penampang pada 22 Julai ini, menghadapi Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu (25 Julai) dan melawan Kuala Lumpur di Stadium Mini UPM (29 Julai).

“Jika pasukan mampu mengekalka­n momentum kemenangan dan melakukan yang terbaik, ia akan mencerahka­n ” peluang mereka ke suku akhir. LOKMAN SUNGGIM Penolong pengurus pasukan

 ??  ??
 ??  ?? BARISAN pemain Sabah B19 bersama para pegawai selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Pahang.
BARISAN pemain Sabah B19 bersama para pegawai selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Pahang.
 ??  ?? LOKMAN (dua dari kiri) memberi kata-kata semangat kepada para pemain selepas sesi latihan. Turut kelihatan Mohd Aiyman (kanan sekali) dan para pegawai yang lain.
LOKMAN (dua dari kiri) memberi kata-kata semangat kepada para pemain selepas sesi latihan. Turut kelihatan Mohd Aiyman (kanan sekali) dan para pegawai yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia