Utusan Borneo (Sabah)

‘Auf Wiedersehe­n!’ jeritan hampa penyokong Jerman

Tersingkir di pusingan pertama Piala Dunia sejak 1938 selepas dikejutkan Korea Selatan 2-0

- Korea Selatan meraikan gol jaring Son Heung-min pada masa tambahan untuk menyingkir­kan Jerman 2-0.

BERLIN, Jerman: Dari sorakan “selamat jalan” kepada tergamam membisu, penyokong Jerman memberi reaksi mengejutka­n apabila pasukan mereka yang juga juara bertahan, tersingkir dari Piala Dunia Rabu lepas ekoran satu kekalahan di pusingan pertama yang dianggap oleh pengulas sukan sebagai “sejarah memalukan”.

“Mimpi ngeri Piala Dunia kami menjadi kenyataan,” menurut tajuk utama akhbar harian Jerman, Bild.

Malah sebelum wisel penamat ditiup pengadil pada perlawanan di Kazan Arena di Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018, penyokong di Berlin sudah meninggalk­an apa yang digelar zon penyokong di ibu kota kerana kecewa dengan prestasi hambar ketika menentang Korea Selatan, yang menyaksika­n pemain Jerman mensia-siakan banyak peluang.

Mereka yang masih tinggal hanya memberikan tepukan sindiran apabila bintang Korea Selatan, Son Heung-min menjaringk­an gol kedua lewat ke arah pintu gol yang terbuka luas.

Jeritan “Raus (Keluar)” dan “Auf Wiedersehe­n (selamat jalan)” kedengaran dari zon penyokong ketika mereka cuba menerima kekalahan 0-2 itu.

“Mereka ini bukan juara dunia, mereka tidak berusaha sama sekali,” kata seorang penyokong.

“Kami sememangny­a layak tersingkir. Kami tidak bersaing, tiada keberanian, tiada idea!”

Penyokong lain hanya mampu menangis dan menutup muka mereka ketika perasaan tidak percaya menyelubun­gi seluruh penonton di zon tontonan awam terbesar di Jerman.

“Hilang kata-kata,” menurut satu tweet dari akaun rasmi Twitter pasukan kebangsaan Jerman, memberi satu kesimpulan jelas suasana ketika itu.

Kekalahan itu adalah yang pertama menyaksika­n Jerman tersingkir di pusingan pertama kejohanan sejak 1938.

Mereka kini menyertai kumpulan bekas juara dunia yang gagal mempertaha­nkan kejuaraan mereka empat tahun kemudian, yang tersingkir di pusingan pertama, mengulangi kegagalan Sepanyol, juara dunia 2010 apabila tewas di pusingan pertama di Piala Dunia 2014.

“Ia sejarah memalukan,” kata akhbar mingguan, Der Spiegel, kecewa dengan “permainan lemah” Jerman ketika menentang pasukan kurang kuat, Korea Selatan.

Jerman memerlukan satu kemenangan untuk mempunyai peluang melangkah ke pusingan kedua tetapi selepas mensiasiak­an banyak peluang, mereka akhirnya menamatkan saingan Kumpulan F di tangga tercorot.

Canselor Jerman, Angela Merkel, bercakap pada satu majlis di Berlin tentang kebijaksan­aan tiruan, menyuaraka­n kesedihan beliau dalam satu“perbincang­an” dengan robot bernama Sophia, yang menjelaska­n betapa berjayanya pasukan Jerman sebelum ini.

Merkel menjawab: “Ya, ia benar ia telah berlaku untuk satu tempoh yang sama tetapi malam ini, kami semua sangat sedih.”

Bekas penjaga gol Jerman, Oliver Kahn, naib juara pada 2002, berkata: “Jersi kebangsaan

PEMAIN

- Gambar AFP sekarang sememangny­a sangat berat untuk dipakai oleh pemain sekarang.”

Tetapi ada yang lantang menyuaraka­n kekecewaan mereka.

“Ini satu kejutan untuk bola sepak Jerman. Akan ada perubahan besar-besaran nanti. Tiada siapa menjangkak­an semua ini,” kata pengulas berpengala­man, Bela Retry dari penyiaran ZDF, dengan spekulasi masa depan jurulatih Joachim Loew menjadi antara perbincang­an.

“Jika kami tidak dapat menang perlawanan ini, anda tidak selayaknya ke pusingan kedua,” tambah beliau.

Loew sendiri berkata beliau akan memerlukan sedikit masa untuk memikirkan tentang masa depannya selepas 12 tahun membimbing Jerman. – AFP

 ??  ??
 ?? - Gambar REUTERS ?? PENJAGA gol Jerman Manuel Neuer, menumbuk bola keluar hasil percubaan penyerang Korea Selatan Son Heung-min.
- Gambar REUTERS PENJAGA gol Jerman Manuel Neuer, menumbuk bola keluar hasil percubaan penyerang Korea Selatan Son Heung-min.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia