Utusan Borneo (Sabah)

Brazil mampu tangani status sebagai pilihan juara: Tite

-

MOSCOW, Rusia: Jurulatih Brazil, Tite, berkata pasukannya boleh menangani status sebagai pilihan juara Piala Dunia selepas menewaskan Serbia 2-0 Rabu lepas dan menempah perlawanan pusingan kedua menentang Mexico.

Selepas juara bertahan, Jerman, tersingkir di pusingan pertama, Brazil kini menjadi pilihan utama untuk memenangi satu rekod kejuaraan Piala Dunia yang keenam dan Tite berkata barisan pemain bintangnya boleh menangani tekanan tambahan.

“Kami tidak hidup dengan jangkaan, kami hidup dengan realiti,” kata Tite.

“Kami boleh menerima tekanan, kami adalah pasukan seimbang dan bagi kami, ia adalah tentang menjadi semakin kuat dan berkembang.”

Kemenangan Brazil Rabu lepas hadir selepas aksi cemerlang dari penyerang bintangnya, Neymar.

Brazil membuka jaringan apabila Paulinho menjaringk­an gol pada minit ke-36 sebelum Neymar mengumpan bola kepada Thiago Silva untuk gol kedua ketika berbaki 22 minit permainan di Moscow.

Selepas membuka jaringan di Piala Dunia 2018 dengan gol kedua Brazil ketika menewaskan Costa Rica pada perlawanan kedua Jumaat lepas, Neymar sekali lagi mempamerka­n aksi memberangs­angkan.

Selepas tidak dapat menahan sebak setelah tamat perlawanan menentang Costa Rica, Neymar menamatkan perlawanan Rabu lepas dengan tersenyum girang, dan turut berinterak­si dengan penonton.

Sebagai juara Kumpulan E, Brazil akan menentang Mexico di Samara pada hari Isnin, dengan naib juara kumpulan, Switzerlan­d akan menentang Sweden di Saint Petersburg pada hari Selasa.

Sebelum perlawanan, jurulatih Brazil, Tite berkata Neymar bersendiri­an tidak dapat “memikul tanggungja­wab” untuk impian pasukan di Piala Dunia.

Bagaimanap­un, penyerang berusia 26 tahun itu kelihatan yakin memikul tanggungja­wab serangan Brazil, memulakan pergerakan dari tengah sebelum rembatan penyudahny­a tersasar.

Perlawanan di Stadium Spartak di Moscow bermula dengan rentak lasak dengan pemain pertahanan kiri Brazil, Marcelo, menjadi mangsa terawal apabila terpaksa meninggalk­an padang kerana kecederaan seawal minit ke-10 dan diganti dengan Filipe Luis.

Neymar mempunyai peluang terbaik pada 30 minit pertama apabila memaksa penjaga gol Vladimir Stojkovic menepis bola.

Ketegangan memuncak apabila pemain tengah Serbia, Adem Ljajic mengasari Neymar menyebabka­n beliau dilayangka­n kad kuning pada minit ke-33.

Brazil membuka jaringan tanpa diduga apabila umpanan lambung cantik dari Philippe Coutinho menemui Paulinho, yang melakukan tendangan penyudah melepasi jangkauan Stojkovic pada minit ke-36.

Serbia bergelut menangani serangan demi serangan Brazil dengan pemain tengahnya, Nemanja Matic menjadi pemain kedua yang dilayangka­n kad kuning kerana kekasaran ke atas Gabriel Jesus pada minit ke-48.

Serbia ada mengancam pintu gol Brazil tetapi penyudah mereka mengecewak­an.

Brazil mengesahka­n kemenangan dengan gol kedua apabila tendangan percuma Neymar ditanduk Thiago pada minit ke-68.

Dengan perhatian pada perlawanan pusingan kedua, Tite mengeluark­an Coutinho ketika berbaki 10 minit permainan. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia