Utusan Borneo (Sabah)

Frankie cadang wujudkan gimnasium jalanan

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Menteri Belia Dan Sukan, Frankie Poon bercadang mewujudkan kemudahan gimnasium jalanan di negeri ini.

Katanya, mewujudkan kemudahan itu di tempat strategik akan memberi peluang bukan sahaja kepada pengamal kecergasan tetapi juga orang awam turut menggunaka­nnya.

“Kemudahan ini mesra awam yang tidak menuntut wang untuk dinikmati. Ia hanya perlukan usaha anda kerana ia akan ada di manamana sudut jalanan.

“Kemudahan ini untuk semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Selain akan menjadi kemudahan awam untuk bersenam dan mengekalka­n kecergasan, ia juga dapat dimanfaatk­an sebagai alat integrasi masyarakat,” katanya.

Frankie berkata demikian semasa Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Likas pada Khamis.

Turut bersama adalah Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia Dan Sukan Sabah (KBSS) Datuk Awang Damit Awang Anak, Pengerusi LSNS Datuk Louis Rampas, Pengurus Besar LSNS Penyuki Matta dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Terrance Pudin.

Frankie berkata, warga Sandakan akan menjadi yang pertama menikmati kemudahan yang sudah popular di negara maju terutama negara barat itu tetapi tidak menyatakan bila kementeria­nnya akan memulakann­ya.

“Kita perlu kajian terperinci kerana ideanya adalah kita mahu kemudahan ini didapati dalam tempoh lima minit perjalanan sebaik seseorang keluar dari rumahnya.

“Jadi kita perlu berbincang dengan badan-badan yang berkaitan seperti majlismajl­is daerah dan mungkin bekerjasam­a dengan mereka mengenai idea ini.

“Saya fikir ia akan memberi manfaat kepada semua orang kerana (ketika ini) kadangkada­ng anda perlu memandu 20 minit untuk ke gym tetapi dengan gim jalanan di sekitar kediaman, kemudahan melakukan senaman ini boleh didapati denan lebih cepat.

“Dan perkara yang baik ialah komuniti yang tinggal berdekatan akan menggunaka­n kemudahan itu bersama-sama dan ini membantu memupuk hubungan yang lebih baik secara menyeluruh,” kata Frankie.

Sambil itu, Frankie mengalu-alukan penganjura­n Majlis Anugerah Perkhidmat­an LSNS yang bertujuan menghargai perkhidmat­an kakitangan­nya seramai 482 orang di seluruh Sabah.

Seramai 15 kakitangan menerima Anugerah Cemerlang manakala sembilan pesara menerima Anugerah Penghargaa­n atas komitmen dan perkhidmat­an lama mereka kepada agensi itu.

 ?? PENERIMA Anugerah Cemerlang, Pengurus Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Wilfred Benedict Young (kiri) menerima hadiah yan disampaika­n Frankie. ??
PENERIMA Anugerah Cemerlang, Pengurus Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Wilfred Benedict Young (kiri) menerima hadiah yan disampaika­n Frankie.
 ??  ?? (Duduk dari kiri) PENYUKI, Frankie, Louis dan Awang Damit bersama penerima anugerah sempena Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang LSNS di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Khamis.
(Duduk dari kiri) PENYUKI, Frankie, Louis dan Awang Damit bersama penerima anugerah sempena Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang LSNS di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia