Utusan Borneo (Sabah)

Himpun pencinta al-Quran

Program Jelajah Ziarah Aidilfitri

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

SANDAKAN: Program Jelajah Ziarah Aidilfitri berjaya himpunkan ramai pencinta al-Quran walau pertama kali dianjurkan.

Pengetua Akademi AlAzhar Mohd Nazri Apin berkata, pihaknya menerima sambutan yang amat menggalakk­an menerusi penganjura­n program berkenaan.

Menurutnya, program itu bukan sahaja melibatkan warga Akademi Al-Azhar sahaja malah anak yatim dan golongan muallaf turut diraikan bersama.

“Bermula 1 hingga 10 Syawal, kita mengadakan aktiviti ziarah ini dalam suasana ceria dan penuh mahabbah.

“Ia bukan sekadar program ziarah, para pelajar akademi ini juga diberikan sumbangan duit sempena Hari Raya sebagai satu perkongsia­n kegembiraa­n dalam meraikan Syawal,” katanya di sini.

Beliau berkata, Akademi Al-Azhar adalah pusat pengajian tarannum al-Quran di sini yang beroperasi sejak 1 Mac lepas.

Katanya, walaupun masih baharu, kewujudan pusat pengajian itu berjaya mencetuska­n fenomena dalam kalangan pencinta alQuran khususnya di kawasan Sandakan.

“Pelajar yang berdaftar setakat ini lebih 200 orang dan jumlah ini melebihi sasaran.

“Istimewany­a, tiada yuran dikenakan dan para tenaga pengajar terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing.

“Selain itu, sistem pengajaran moden dengan menampilka­n strategi dan pendekatan terbaik antara tarikan para pelajar untuk lebih mendalami bidang pengajian al-Quran,” jelasnya.

Nazri berharap menerusi program Jelajah Ziarah itu ia akan mengeratka­n lagi ukhuwah yang terjalin sesama warga akademi dan komuniti setempat.

Ia bukan sekadar program ziarah, para pelajar akademi ini juga diberikan sumbangan duit sempena Hari Raya sebagai satu perkongsia­n kegembiraa­n dalam meraikan Syawal.

MOHD NAZRI APIN Pengetua Akademi Al-Azhar

 ??  ?? ANTARA aktiviti yang turut dijalankan sebagai pengisian program.
ANTARA aktiviti yang turut dijalankan sebagai pengisian program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia