Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Hari Raya MPKK Sandakan 30 Jun

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Majlis Penolong Kanan Kokurikulu­m daerah Sandakan (MPKKS) akan diadakan pada 30 Jun ini, bermula jam 7.30 hingga 10.30 malam di Sandakan Hotel, di sini.

Pengerusi MPPKS Abu Bakar Hassan @Burn berkata majlis yang julung kali diadakan itu antara lain bertujuan mengeratka­n lagi tali silaturahi­m dan memantapka­n perpaduan khasnya dalam kalangan semua warga Penolong Kanan Kokurikulu­m (PK Kokum) di daerah ini.

Katanya, bersesuaia­n dengan suasana bulan Syawal, ia juga merupakan ruang dan peluang terbaik untuk saling bermaafmaa­fan dan mewujudkan suasana harmoni yang meriah sempena Hari Raya Aidilfitri serta menghormat­i kepelbagai­an antara satu sama lain.

“Sempena majlis itu, kita juga meraikan dan mengenang jasa beberapa PK Kokum yang telah bersara atau berpindah (naik pangkat) menjadi guru besar,” katanya. Beliau berkata, empat PK Kokum bersara yang diraikan ialah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Anib 1, SK Sg Anib 2 dan SK Tanjung Batu, manakala PK Kokum SK Sibugal Besar Sandakan telah berpindah ke SK Sriganda Kinabatang­an sebagai guru besar sejak 22 Mei lalu.

Menurutnya, turut diraikan pada majlis itu ialah mantan Penyelia Kanan Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan Alias Darman Haji Hamjah.

Abu Bakar yang juga PK Kokum SK Bahagia Sandakan menjelaska­n, pelbagai acara akan diadakan sempena majlis itu termasukla­h jamuan khas Hari Raya Aidilfitri, penyampaia­n cenderamat­a penghargaa­n ‘Jasamu Dikenang’, persembaha­n nyanyian, cabutan bertuah dan sebagainya.

Majlis perasmian program itu akan disempurna­kan oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan yang juga Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Sandakan, Ahmad Yussof Mohamad.

Semua PK kokum sekolahsek­olah daerah Sandakan adalah dijemput menghadiri majlis itu dan membuat pengesahka­n awal kehadiran dengan menghubung­i Abu Bakar.

 ??  ?? NAZRI (berdiri, tujuh kanan) merakamkan kenangan bersama warga akademi dan para jemputan sempena dengan Jelajah Ziarah Aidilfitri.
NAZRI (berdiri, tujuh kanan) merakamkan kenangan bersama warga akademi dan para jemputan sempena dengan Jelajah Ziarah Aidilfitri.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli dan AJK Majlis Penolong Kanan Kokurikulu­m sekolah-sekolah daerah Sandakan.
SEBAHAGIAN ahli dan AJK Majlis Penolong Kanan Kokurikulu­m sekolah-sekolah daerah Sandakan.
 ??  ?? ABU BAKAR
ABU BAKAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia