Utusan Borneo (Sabah)

DBKL kekal keputusan tutup bazar perayaan di Jalan TAR

-

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini tetap dengan pendirian menutup bazar perayaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini bermula tahun depan meskipun dibantah orang ramai.

Bagaimanap­un, keputusan itu hanya melibatkan penutupan bazar Ramadan dan bazar Deepavali namun tidak melibatkan pasar malam mingguan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata langkah itu terpaksa diambil berikutan terlalu banyak aduan yang timbul di kawasan berkenaan termasuk isu sampah-sarap dan halangan-halangan sehingga mengakibat­kan kesesakan trafik.

“Sebelum ini, bazar ini diuruskan oleh persatuan persatu andan ia jadi tidak teratur.

“Sama juga bila kita (DBKL) cabut undi bersama peniaga dengan penyelaras­an pihak Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia pun masih wujud masalah kebersihan, bantahan daripada pemilik kedai di jalan itu serta penjaja haram yang ambil kesempatan membuat keuntungan berlipat kali ganda daripada harga sewa asal.

“Bila 10 Ramadan terakhir pula, semua penjaja haram telah menguasai kawasan itu hingga berlaku pergaduhan antara penguat kuasa DBKL dan orang ramai. Ini menyusahka­n semua pihak,“katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri DBKL di sini pada Khamis.

Menjawab satu soalan sama ada DBKL ada mengkaji bazar-bazar di kawasan lain yang turut mempunyai masalah sama, beliau berkata: “Setakat ini, hanya bazar di Jalan TAR sahaja bermasalah dan kawasan lain okey,” katanya.

Mhd Amin Nordin turut mencadangk­an para penjaja yang terlibat agar mencari lokasi lain yang sesuai untuk dijadikan tapak berniaga namun perlu mendapat kebenaran daripada wakil rakyat atau pihak penganjur. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia