Utusan Borneo (Sabah)

Negeri Sembilan bakal wujudkan bank makanan di setiap DUN

-

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan menempatka­n ‘food bank’ atau bank makanan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehka­n masyarakat kurang bernasib baik mendapatka­n bantuan makanan.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri Nicole Tan Lee Koon berkata program tersebut akan dimulakan di DUN Nilai sebelum diperluas ke DUN Labu dalam masa terdekat.

“Kami akan jalankan program mengutip sumbangan seperti beras, minyak dan tepung serta keperluan lain di Balai raya Nilai untuk tubuhkan ‘food bank’ ini sebelum memperluas­kannya ke kawasan lain.

“Saya harap usaha ini akan dapat sokongan padu anggota DUN lain,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran bank makanan itu, di sini malam Rabu.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pembanguna­n Luar Bandar Ismail Ahmad.

Mengulas lanjut, Tan berkata program itu dilaksanak­an bagi membantu usaha Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mempunyai kekangan dari segi sumber dan tenaga.

Sementara itu, beliau berkata program bantuan makanan ‘Food Aid’ yang memfokuska­n kepada golongan gelandanga­n akan dijalankan seminggu sekali pada setiap Rabu.

“Selepas lantikan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) kami akan menyenarai­kan mereka yang memerlukan bantuan ‘Food Aid’ dan pihak JKKK akan menyalurka­n bantuan itu kepada mereka yang layak,” katanya. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? NICOLE Tan (kanan) bertanya sesuatu kepada gelandanga­n yang mahu dikenali sebagai Pakcik Ridzuan (kiri) pada Program Food Bank di Stesen Bas Terminal One malam Rabu. Turut kelihatan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Mohamad Hapil (dua, kiri).
- Gambar BERNAMA NICOLE Tan (kanan) bertanya sesuatu kepada gelandanga­n yang mahu dikenali sebagai Pakcik Ridzuan (kiri) pada Program Food Bank di Stesen Bas Terminal One malam Rabu. Turut kelihatan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Mohamad Hapil (dua, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia