Utusan Borneo (Sabah)

Abdullah kekal Speaker DUN Kelantan

-

KOTA BHARU: Datuk Abdullah Ya’akub dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Khamis bagi penggal kedua berturuttu­rut.

Pelantikan beliau dicadangka­n oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan disokong oleh Timbalanny­a, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada Majlis Angkat Sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri( Adun) Kelantan yang berlangsun­g di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Turut dicadangka­n adalah Adun Bukit Panau Datuk Abdul Fattah Mahmood sebagai Timbalan Speaker DUN Kelantan.

Abdullah bagaimanap­un bukan seorang Adun namun Undang-Undang Perlembaga­an Tubuh Kerajaan Kelantan membenarka­n seorang Adun tambahan dilantik bagi menjalanka­n tugas sebagai seorang Speaker DUN.

Selepas pelantikan Speaker dan Timbalanny­a, kesemua 45 Adun kemudian mengangkat sumpah dan menandatan­gani watikah sumpah setia di hadapan Abdullah.

Majlis angkat sumpah itu membabitka­n 37 Adun daripada Pas dan lapan Adun Barisan Nasional (BN).

Persidanga­n per t am aDUN Kelantan bagi penggal ke-14 turut bersetuju melantik bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Asmak Husin, 40, sebagai Anggota Dewan Negara bagi mewakili Kelantan di Parlimen bermula 1 Julai ini bagi tempoh tiga tahun.

Sementara itu, Ahmad ketika ditemui pemberita selepas persidanga­n berakhir berkata beliau mengharapk­an agar suara daripada DUN Kelantan dapat didengari dan diambil perhatian oleh kerajaan persekutua­n memandangk­an tiada wakil daripada Pakatan Harapan yang menang bertanding sebagai Adun di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas.

“Kita mengharapk­an walaupun tiada wakil daripada Pakatan Harapan, suara-suara kita di dewan ini yang menyentuh tentang kepentinga­n dan kesejahter­aan rakyat Kelantan dapat diambil perhatian dan diambil maklum oleh kerajaan persekutua­n.

“Saya juga berharap semua Adun sama ada daripada kerajaan ataupun pembangkan­g dapat mengambil bahagian dalam perbahasan untuk kita membela khususnya rakyat Kelantan,” katanya.

Pada PRU14, Pas melebarkan jumlah kerusi DUN yang dimenangi kepada 37 daripada 45 kerusi, berbanding 32 pada PRU13.

Parti lain yang bertanding seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), serta Amanah daripada Pakatan Harapan serta Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan calon Bebas gagal mendapat sebarang kerusi.

Ia sekali gus menyaksika­n tiada wakil rakyat sama ada di peringkat DUN mahupun Parlimen daripada Pakatan Harapan yang kini membentuk kerajaan persekutua­n, di negeri ini.Bernama

 ??  ?? SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Abdullah Ya’kub mengangkat sumpah pada Majlis Angkat Sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri di Dewan Undangan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Kota Darulnaim pada Khamis.
SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Abdullah Ya’kub mengangkat sumpah pada Majlis Angkat Sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri di Dewan Undangan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Kota Darulnaim pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia