Utusan Borneo (Sabah)

Jangan anak tirikan negeri ditadbir BN, kata Sharkar

-

TEMERLOH: Kerajaan Negeri Pahang menyambut baik langkah penambahba­ikkan pentadbira­n di peringkat kampung yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan, namun berharap ia dapat dilaksana secara adil termasuk kepada negeri pembangkan­g.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar S ham sudi n berkata pengagihan peruntukan dan bayaran elaun kepada ketua kampung serta barisan anggota jawatankua­sa juga perlu diagihkan untuk semua negeri termasuk Pahang yang masih diterajui Barisan Nasional (BN).

“Kerajaan Pakatan Harapan perlu mengambil kira kepentinga­n rakyat mendahului sentimen politik seperti apa yang mereka selalu tekankan termasuk dalam pengagihan dan bayaran elaun kepada Jawatankua­sa dan Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

“Pengumuman bayaran elaun kepada JKKK ini sudah tentu satu beri tayang ditunggu tunggu seluruh kepimpinan masyarakat namun jika ia hanya diberikan kepada negeri dikuasai Pakatan Harapan ia akan mengecewak­an rakyat yang turut mengundi PH di negeri dikuasai BN ketika ini,” katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Rina Harun semalam mengumumka­n kerajaan hanya akan memperuntu­kkan RM100 juta untuk pembanguna­n kampung kepada negerinege­ri yang hanya ditadbir Pakatan Harapan sementara ia mengkaji mekanisme saluran dana untuk negeri-negeri pembangkan­g.

Menurut Rina, dana itu untuk pembanguna­n ekonomi dan sebanyak 16,000 kampung yang layak boleh memohon geran sebanyak RM10,000 bagi meningkatk­an ekonomi komuniti tempatan

Dana itu juga untuk bayaran elaun bulanan ketua-ketua kampung, setiausaha mereka dan ahli-ahli jawatankua­sa termasuk bayaran hadir mesyuarat sebanyak RM50.

Dalam masa yang sama, JKKK juga diberi nama dan jenama baharu iaitu Majlis Pembanguna­n Komuniti Kampung.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia