Utusan Borneo (Sabah)

Umno perlu bersikap terbuka, lebih demokratik: Ku Li

-

IPOH: Umno perlu bersikap terbuka dan lebih demokratik serta memperbaik­i segala kelemahan mengikut kehendak anggotanya serta pengundi, kata calon Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata setiap pandangan yang dilontarka­n oleh peringkat akar umbi perlu diteliti oleh pemimpin di setiap peringkat agar ia boleh menjadi asas penggubala­n dasar dan sebagainya demi perjuangan parti.

“Mereka (anggota, pengundi) tidak mahu mendengar dari ‘top to bottom’ lagi sebaliknya mahu dari ‘bottom to top’.

“Saya sudah ke Sabah, Johor, Melaka, Pahang, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah. Ramai yang membayangk­an hasrat supaya kita (Umno) lebih terbuka, transparen dan mahu kepada ‘proper governance’ yang lebih bertanggun­gjawab, bukan kita tak lakukannya sebelum ini tapi itulah yang dikehendak­i oleh akar umbi kita,” katanya.

Beliau atau lebih mesra dipanggil Ku Li, bercakap kepada pemberita selepas sesi ramah mesra ‘Bersama calon Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah’ di Hotel Impiana di sini Khamis yang turut dihadiri Pengerusi Perhubunga­n Umno negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Dalam pada itu, Ku Li yang juga anggota Parlimen Gua Musang berkata tujuan perjuangan Umno tidak perlu disentuh kerana ia masih kekal sepertiman­a ditubuhkan pada tahun 1946.

Katanya, kredibilit­i dan integriti Umno yang perlu diperbaiki agar tidak dipersoalk­an oleh rakyat.

Mengulas mengenai tindakan dua anggota parlimen di Perak umum keluar Umno dan Barisan Nasional (BN), Ku Li berkata beliau tidak menolak kemungkina­n akan berjumpa dengan mereka memandangk­an tindakan mereka mengkhiana­ti mandat yang diberikan.

Pada Rabu, anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal umum keluar Umno dan BN manakala anggota Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali turut mengambil tindakan yang sama pada Ahad lalu.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia