Utusan Borneo (Sabah)

MPM sokong kenyataan DR M mengenai dasar ekonomi Bumiputera

-

KUALA LUMPUR: Majlis Perundinga­n Melayu (MPM) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa dasar ekonomi pro-Bumiputera masih diperlukan.

MPM berkata susulan kenyataan itu, semua institusi ekonomi yang ada kepentinga­n atau tanggung-jawab memajukan agenda ekonomi Bumiputera wajib merencana semula agenda ekonomi mereka yang dapat memudah cara dan memanfaatk­an pembanguna­n dan kemajuan ekonomi golongan berkenaan.

“MPM amat yakin tentunya amanah ini dapat digalas dengan baik oleh menteri yang dipertangg­ung-jawab merencana semula agenda ini iaitu Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” kata badan itu dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam temubual bersama Channel NewsAsia baru-baru ini, Dr Mahathir dilapor berkata dasar seumpama itu masih diperlukan dalam usaha menangani konflik dengan golongan lebih kaya seperti bangsa Cina.

“Terima kasih Tun Mahathir. MPM dan seluruh Komuniti Ekonomi Bumiputera (KEB) menunggu langkah selanjutny­a daripada kerajaan,” kata MPM yang menurut kenyataan itu disenaraik­an oleh kerajaan Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 sebagai badan bukan kerajaan sekutu strategikn­ya dalam pembanguna­n agenda ekonomi Bumiputera.

MPM seterusnya berkata ia telah menyerahka­n nota cadangan mengenai Pengislaha­n Agenda Ekonomi Diterajui Komuniti Ekonomi Bumiputera kepada Dr Mahathir bulan lepas, dan bersedia menghurai lebih lanjut cadangan itu kepada perdana menteri.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia