Utusan Borneo (Sabah)

Perkenal tanaman alternatif, bantu tingkat pendapatan petani

-

ALOR SETAR: Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK) mencadangk­an supaya kerajaan negeri Kedah memperkena­lkan beberapa jenis tanaman alternatif dalam usaha meningkatk­an pendapatan dan hasil pengeluara­n makanan negeri.

Pengerusi Jemaah Pengarahny­a, Datuk Abdul Lateh Mohd Saman berkata pihaknya pernah mengemukak­an cadangan tersebut kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selepas mendapati industri penanaman padi tidak mampu memberi pulangan yang banyak kepada petani.

“Sebagai alternatif kepada petani mengoptimu­mkan penggunaan tanah untuk pertanian sekali gus membantu meningkatk­an pendapatan mereka, tanaman alternatif seperti cili, serai, kunyit dan halia perlu diperkenal­kan dengan memberi subsidi sepertiman­a subsidi yang diberikan kepada industri padi.

“Di Perlis terkenal dengan tanaman Harum Manis (mempelam), jadi di Kedah mungkin boleh perkenalka­n tanaman kelapa kerana kita lihat permintaan­nya tinggi selain ia boleh ditanam di luar dan dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA),” katanya kepada pemberita di Majlis Jamuan Hari Raya Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, pada Khamis.

Majlis yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon di sini turut dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Asas Tani Pengangkut­an, Pembanguna­n Insan, Azman Nasrudin.

Sementara itu, Abdul Lateh berkata kenyataan yang dikeluarka­n oleh Pengarah LPP Hamzah Bahari yang mencadangk­an Majlis Penasihat Kerajaan agar mengurangk­an subsidi kepada industri padi dilihat sebagai tindakan yang tidak wajar.

“Subsidi yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada pesawah sebelum ini bertujuan meringanka­n beban yang ditanggung oleh petani setiap kali musim tanaman padi. Jadi, sebelum sesuatu dasar dikeluarka­n, ia perlulah mengambil kira pandangan daripada pergerakan Pertubuhan Peladang Tiga Peringkat.

“Ada kebaikan dan keburukan dalam cadangan ini tapi mereka (LPP) perlu berunding dahulu dengan pemimpin-pemimpin peladang untuk mencari input terbaik tetapi bukan dengan mencadangk­an untuk mengurangk­an subsidi tahunan kepada petani,” katanya.

Pada 25 Jun lalu, Pengarah LPP Hamzah Bahari mencadangk­an subsidi padi dikurangka­n supaya boleh disalurkan untuk penanaman tanaman lain seperti sayur sayuran, cendawan dan buah buahan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia