Utusan Borneo (Sabah)

SEB bakal tubuh pusat jagaan kanak-kanak

Pusat pertama seumpamany­a di Sungai Biawak, Kuching itu dijangka siap dua tahun lagi: Aisah

-

LIMBANG: Sarawak Energy Berhad (SEB) bakal menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak pertama di Sungai Biawak, Kuching yang dijangka siap dua tahun lagi.

Naib Presiden Eksekutif, Perkhidmat­an Korporat SEB Aisah Eden berkata apabila siap kelak kemudahan itu mempunyai kapasiti untuk mendaftark­an lebih daripada 300 kanak-kanak taska dan tadika.

“Projek ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun. selain itu SEB juga menyediaka­n pusat penjagaan kanak-kanak sementara di Menara SEB yang dijangka siap pada Oktober tahun ini,” katanya pada Majlis RamahTamah Aidilfitri SEB Stesen Limbang pada Rabu.

Turut hadir Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kauselor Sufian Mohat, Pengurus Stesen Limbang Sarawak Energy Awang Iderus Rambli, pegawai-pegawai SEB, ketua jabatan kerajaan dan masyarakat lain.

Aisah berkata penubuhan kemudahan itu sebagai tanda sokongan pihaknya terhadap ibu bapa, terutama kepada eksekutif muda atau ibu bekerja serta merancang untuk melancarka­n inisiatif yang sama ke kawasankaw­asan lain pada masa akan datang.

Kata beliau lagi inisiatif lain yang dilaksanak­an termasuk Program Women Mentoring Women dan Skim Comeback Career yang turut dikongsi bersama kakitangan wanita di Limbang sekali gus dapat melibatkan diri dengan program yang dilaksanak­an pihaknya.

Tahun lepas, jelasnya pihaknya turut menubuhkan Rangkaian Wanita Terkemuka Sarawak Energy (SELWN) yang merupakan

“Projek ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun. selain itu SEB juga menyediaka­n pusat penjagaan kanakkanak sementara di Menara SEB yang dijangka siap pada ” Oktober tahun ini

AISAH EDEN

Naib Presiden Eksekutif, Perkhidmat­an Korporat SEB rangkaian profesiona­l dan platform untuk membangunk­an pemimpin wanita dan meningkatk­an penyertaan pekerja wanita dalam membuat keputusan dengan memberi mereka kuasa melalui program pengurusan bakat, rangkaian profesiona­l dan pembelajar­an .

“Ini adalah selaras dengan sasaran negara serta Matlamat Pembanguna­n Mapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) No.5 mengenai kesaksamaa­n jantina dan kekuatan wanita,” katanya.

Turut dilaksanak­an jelasnya termasuk inisiatif tranformas­i digital, sistem SEPS, dan pelbagai inisiatif lain untuk pengurusan armada korporat, pengurusan aset serta kewangan dan perolehan dan sebagainya.

Terdahulu Awang Iderus berkata peratusan kekerapan gangguan bekalan elektrik di daerah ini menurun sebanyak 36 peratus dari bulan Januari 2018 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata antara penyebab gangguan itu termasuk panahan kilat/cuaca buruk, kerosakan ke atas talian/tiang, peralatan elektrik rosak disebabkan angin kencang yang menyebabka­n pokok kayu tumbang ke atas talian.

Beliau berkata pihaknya membaik pulih bekal dalam jangka masa 20 hingga 30 minit.

“Sekiranya berlaku kerosakan ke atas talian ini, sistem pelindung kami akan segera diaktifkan untuk mempercepa­tlan proses membaik pulih bekalan.

“Ini juga satu langkah keselamata­n untuk mengelak kerosakan serius terhadap sistem kami,” katanya.

 ??  ?? AWANG Iderus (empat kiri), Aisah, Jamalie, Sufian (tiga kanan) dan tetamu lain bergambar bersama kanak-kanak yang teruja menerima duit raya pada Rabu.
AWANG Iderus (empat kiri), Aisah, Jamalie, Sufian (tiga kanan) dan tetamu lain bergambar bersama kanak-kanak yang teruja menerima duit raya pada Rabu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia