Utusan Borneo (Sabah)

Institut memandu dinasihati dedah jumlah yuran dikenakan

-

SERIAN: Semua institut memandu di Sarawak dinasihati agar mendedahka­n secara terbuka jumlah yuran yang dikenakan bagi ujian memandu.

Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sarawak Mohd Syafiq Anas Abdullah yang menyeru perkara itu berkata, tindakan sedemikian membolehka­n ibu bapa dan mereka yang mahu mendapatka­n lesen memandu mengetahui jumlah sebenar yang mereka perlu bayar.

Beliau memberitah­u bahawa bayaran yang didedahkan kepada awam mengelakka­n persepsi negatif daripada orang ramai ditipu oleh institut memandu.

“Walaupun jabatan tahu bahawa sesetengah institut memandu perlu menanggung kos tambahan, yang mungkin melibatkan kos pengangkut­an.

“Mereka perlu mendedahka­n kepada awam jumlah yang dikenakan untuk mengelakka­n persepsi bahawa institut memandu mengenakan yuran terlalu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Institut Memandu LiaMarc di Tarat dekat sini, semalam.

Menurut Mohd Syafiq, institut memandu turut menawarkan pakej berbeza kepada pelajar mereka sehingga lulus ujian memandu, yang juga harus didedahkan kepada umum.

Katanya jabatan itu menerima aduan bahawa sesetengah institut memandu mengenakan bayaran antara RM1,800 hingga RM2,000 untuk Kelas D (motokar) kepada pelajar mereka sehingga memperoleh lesen.

Menurut beliau, yuran siling untuk mendapatka­n lesen motosikal adalah RM400 sementara RM2,500 bagi kereta automatik dan RM1,200 bagi kereta manual.

Mohd Syafiq berkata, terdapat 27 institut memandu sementara 10 lagi masih dalam pembinaan dan 12 sekolah memandu di seluruh negeri.

Katanya, kebanyakan sekolah memandu terletak di kawasan luar bandar dan bandar.

Mengenai isu lain, Mohd Syafiq berkata sistem e-ujian yang telah diperkenal­kan di Johor Bahru sebagai perintis, akhirnya akan diperluask­an ke Sabah dan Sarawak.

Beliau dengan itu mencabar LiaMarc untuk menjadi institut memandu perintis di negeri ini mengguna pakai sistem terbabit.

Di bawah sistem berkenaan, sensor, kamera dan komponen lain akan menggantik­an peranan penguji kerana proses itu kebanyakan­nya secara automatik selain mengukur kecekapan pemandu.

Sementara itu, Ahli Lembaga Institut Memandu LiaMarc Abang Alli Bolhassan berkata pembinaan institut berkenaan menelan kos RM4 juta dengan keluasan enam ekar tanah.

Sebelum ini, institut itu terletak di KM75 Jalan Sri Aman-Serian dan telah beroperasi selama 16 tahun.

 ??  ?? MOHD Syafiq (kanan) dan Alli (dua kanan) serta yang lain semasa merasmikan institut memandu LiaMarc, pada Rabu.
MOHD Syafiq (kanan) dan Alli (dua kanan) serta yang lain semasa merasmikan institut memandu LiaMarc, pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia