Utusan Borneo (Sabah)

DAP Sibu, Sungai Merah kumpul RM57,070 untuk THM

-

SIBU: Parti Tindakan Demokratik Cawangan Sibu dan Sungai Merah berjaya mengumpul RM57,070 menerusi kempen derma untuk Tabung Harapan Malaysia (THM) yang dilancarka­n pada 17 Jun lalu.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew kelmarin memasukkan sejumlah RM44,236 ke dalam akaun THM selepas menolak kos perbelanja­an untuk penganjura­n kempen berkenaan.

“Kami menyasarka­n untuk mengutip RM50,000 dan kami berjaya mencapai sasaran tersebut dalam masa 10 hari.

“Terima kasih kepada semua yang menderma dan membantu kami mencapai sasaran tersebut,” kata Ling semasa mengadakan sidang media.

Ling berkata, pihaknya terpaksa mengeluark­an perbelanja­an bagi menjayakan kempen berkenaan untuk menampung kos menyewa tempat, sepanduk, mendirikan khemah dan kos untuk menjual pelbagai jenis barangan.

Beliau turut memuji Pemuda DAP kerana menjayakan penganjura­n kempen tersebut.

Katanya, hasil kutipan tersebut akan digunakan untuk membantu kerajaan mengurangk­an hutang negara.

“Sekiranya rakyat Malaysia bersatu, saya yakin segala kesulitan yang sedang dihadapi dapat diatasi seterusnya membantu negara kembali ke landasan yang betul,” jelas beliau.

Sementara itu, pengerusi penganjura­n program tersebut Amy Lau menyifatka­n kempen yang dianjurkan tersebut berjaya.

“Kami ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang terlibat,” ujar beliau.

 ??  ?? LING (kanan) dan Lau menunjukka­n slip bank kepada pemberita selepas memasukkan wang tersebut ke dalam akaun THM.
LING (kanan) dan Lau menunjukka­n slip bank kepada pemberita selepas memasukkan wang tersebut ke dalam akaun THM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia