Utusan Borneo (Sabah)

Pinjaman PTPTN tetap perlu dibayar

-

MIRI: Peminjam pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu membayar hutang meskipun nama mereka dikeluarka­n daripada senarai hitam.

Seorang penjawat awam yang hanya dikenali sebagai Atop berkata, adalah tidak adil kepada mereka yang telah membayar hutang PTPTN setiap bulan.

“Saya juga peminjam PTPTN dan hutang perlu dibayar, jika mereka dapat melancong ke luar negara mengapa mereka tidak berkemampu­an membayar hutang,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Atop berkata, amat penting jika peminjam PTPTN membayar hutang sama ada melalui potongan gaji bulanan atau mengikut kemampuan sendiri.

“Jika peminjam tidak melunaskan hutang, maka amat sukar bagi kerajaan menyediaka­n pinjaman pendidikan kepada generasi akan datang,” katanya.

Seramai 429,945 nama peminjam PTPTN telah dikeluarka­n daripada senarai hitam Jabatan Imigresen bagi memenuhi manifesto 100 hari kerajaan pusat.

Bagi pekerja swasta Zanariah Kamri, kerajaan juga perlu memperkena­l kaedah pembayaran PTPTN lebih rendah serta menghapusk­an kos pentadbira­n.

“Kebanyakan graduan atau mereka yang sudah bekerja berpendapa­tan pada kadar bawah RM3,000 sebulan, maka amat penting kerajaan menunaikan manifesto melibatkan PTPTN,” katanya.

Zanariah berkata, pada masa sama tidak semua majikan terutama swasta berani mengambil risiko menggaji graduan dengan tawaran gaji mengikut kelulusan.

“Dengan keadaan ekonomi semasa, amat sukar majikan menggaji graduan mengikut kelulusan dan ia antara sebab peminjam tidak mampu membayar PTPTN,” jelasnya.

Bagaimanap­un tegasnya, jika peminjam yang berkemampu­an tetapi tidak membayar hutang PTPTN maka perlu nama mereka disenaraih­itamkan semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia