Utusan Borneo (Sabah)

Terserah kepada Petronas fail kes tuntutan ke atas minyak, gas

-

KUCHING: Terserah kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk memfailkan kes tuntutan ke atas minyak dan gas di Sarawak di Mahkamah Tinggi, kata Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Persekutua­n Negeri dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (gambar).

“Jika Petronas hendak membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi, itu hak mereka, itu prerogatif Petronas.

“Saya tidak tahu sama ada mereka akan berbuat demikian atau tidak dan saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis RamahTamah Aidilfitri Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kediaman Ketua Wanita PBB Dato Sri Fatimah Abdullah di sini, pada Rabu.

Sharifah Hasidah turut menegaskan bahawa Kerajaan Sarawak tidak akan akan memfailkan kes itu di Mahkamah Tinggi kerana keputusan Mahkamah Persekutua­n pada 22 Jun lalu sudah memadai untuk Sarawak melindungi hak ke atas minyak dan gas menerusi Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) 1958.

“Tidak, Kerajaan Sarawak tidak akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi. Kenapa kita perlu berbuat demikian. Kita telah menang kes in. Apa yang anda mahu kami isytiharka­n di Mahkamah Tinggi...tidak ada,” jelasnya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Stampin yang juga Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen Ahad lalu, menasihati Kerajaan Sarawak memfailkan kes itu di Mahkamah Tinggi jika ia serius menuntut semula haknya ke atas minyak dan gas di negeri ini.

“Kita (Kerajaan Sarawak) tidak mendengar nasihat daripada YB Chong. Kerajaan Sarawak akan membuat keputusan sendiri.

“Setakat ini keputusan Mahkamah Persekutua­n memadai untuk melindungi hak-hak kita melalui OMO 1958 di mana kes Petronas telah diketepi dan ditolak.

“Dengan keputusan Mahkamah Persekutua­n itu, maka kita boleh melaksanak­an OMO 1958 berkuat kuasa 1 Julai ini, di mana kita boleh mengawal selia aktiviti-aktiviti huluan dalam sempadan negeri Sarawak,” jelasnya.

Sharifah Hasidah turut menyatakan bahawa Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974 dan OMO 1958 tidak bercanggah kerana kedua-dua undang-undang itu dilihat dan dibaca bersama dalam kepentinga­n Sarawak.

Ujarnya lagi, OMO 1958 adalah undang-undang yang sah dan terpakai di Sarawak.

“Apa yang kita mahu ialah Petronas mematuhi undangunda­ng negeri kerana undangunda­ng ini adalah sah.

“Petronas boleh datang ke Sarawak tetapi mereka mesti mematuhi undangunda­ng negeri iaitu OMO 1958 (dengan keputusan Mahkamah Persekutua­n),” katanya.

Pada 22 Jun lalu, Mahkamah Persekutua­n menolak permohonan Petronas untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap Kerajaan Sarawak berhubung hak syarikat itu untuk mengawal selia aktiviti cari gali dan perlombong­an minyak dan gas di negeri ini.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop yang merupakan satusatuny­a hakim Mahkamah Persekutua­n bersidang, menolak permohonan itu selepas memutuskan Mahkamah Persekutua­n tidak boleh mendengar perkara itu kerana relif pengisytih­aran yang dimohon Petronas tidak termaktub di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutua­n tetapi Mahkamah Tinggi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia