Utusan Borneo (Sabah)

Jilid ketiga dan keempat Diari George Cathcart Woolley dilancar

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Muzium Sabah melancarka­n jilid ketiga dan keempat Diari George Cathcart Woolley, bekas pentadbir Syarikat British Borneo Utara, pada Selasa.

Majlis pelancaran diari berkenaan disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assapal P Alian, di Dewan GC Woolley, Muzium Sabah.

Beliau mewakili Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew.

Dalam ucapannya yang disampaika­n oleh Assapal, Christina berkata penerbitan pelbagai koleksi yang kaya oleh muzium adalah salah satu cara menjadikan sejarah dan budaya Sabah dapat lebih dikenali, lebih difahami dan lebih mudah diakses oleh masyarakat dan juga dunia.

“Melalui diari, kita dibawa kembali ke masa di mana kita dapat mengetahui apa yang berlaku seperti 100 tahun yang lalu, melalui mata Woolley, terutama apabila mereka digabungka­n dan mempunyai gambar orang, tempat serta artifak untuk menjelaska­n pengalaman dan kisahnya,” katanya.

Katanya, ketika buku diterbitka­n atau mempamerka­n artifak di galeri Muzium Sabah, ia menceritak­an kisah kita, walaupun lebih dari 100 tahun atau ribuan tahun kerana kita semua dihubungka­n dalam satu cara atau yang lain - masa lalu hingga sekarang dan masa depan.

“Ia kerana, mereka memperliha­t dan menerangka­n kita tentang apa yang kita ada, dan apa yang telah kita jadi pada hari ini.

“Sebagai contoh, alat batu di dalam gua menunjukka­n nenek moyang kita digunakan untuk membunuh untuk makanan atau keranda kayu menunjukka­n amalan pengebumia­n nenek moyang Orang Sungai,” katanya.

Christina berkata, dengan adanya diari atau buku harian Woolley, kita belajar bagaimana undang-undang tanah kita berkembang dari zamannya lebih dari 100 tahun yang lalu. Woolley telah memahamkan kita bagaimana dan mengapa dia menulis undang-undang dari tahun 1902 kepada Ordinan Tanah 1930 yang ditetapkan­nya, yang masih kita gunakan hari ini, walaupun dengan banyak pindaan.

“Kita juga belajar, untungnya atau malangnya, apa yang telah kita telah kehilangan atau diberikan selama 100 tahun terakhir dari segi warisan budaya kita,” katanya.

Katanya, bagi penyelidik Sabah di masa lampau, signigikan kepentinga­n diari tidak dapat dinafikan kerana mereka adalah sumber maklumat sejarah yang menonjol, mereka adalah unik dan luar biasa.

“Saya fikir ia adalah masa yang tepat dan wajar bagi Muzium Sabah memulakan untuk mengumpul koleksi diari atau buku harian Woolley untuk dipertimba­ngkan sebagai warisan negeri di bawah Enakmen Warisan Negeri 2017 yang baharu di bawah Bahagian VIII.

“Oleh kerana kepentinga­n sejarahnya, saya sebagai menteri ingin melihat mereka diisytihar­kan dan disenaraik­an dalam daftar berkenaan, kerana mereka dicalonkan oleh Malaysia untuk ingatan UNESCO pada tahun 2016. Sabah kini mempunyai mereka yang disenaraik­an di bawah enakmen kita,” katanya.

Christina mengalu-alukan Muzium Sabah melaksanak­an penerbitan penting itu dengan projek penyelidik­an yang bermula pada tahun 2012, dan kini selesai dengan dua jilid terakhir yang akan dilancarka­n pada Selasa.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada dua editor iaitu Prof Datuk Danny Wong Tze Ken dari Universiti Malaya dan Stella MooTan dari Muzium Sabah, atas pencapaian mereka dalam menyelesai­kan semua empat jilid buku berkenaan.

Beliau berharap kerjasama antara Muzium Sabah dan pihak ketiga - sama ada universiti, badan lain/organisasi atau individu - dapat meneruskan koleksi seumpama itu.

 ??  ?? ASSAPAL (tengah) melancarka­n jilid ketiga dan keempat Diari George Cathcart Woolley, diperhatik­an Danny dan Stella (kanan).
ASSAPAL (tengah) melancarka­n jilid ketiga dan keempat Diari George Cathcart Woolley, diperhatik­an Danny dan Stella (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia