Utusan Borneo (Sabah)

GiatMara Keningau perkasa pembanguna­n modal insan

-

KENINGAU: GiatMara Keningau mampu dijadikan pusat untuk memperkasa pembanguna­n modal insan dalam bidang industri kayu. Pengurus GiatMara Keningau Jamidol Alip berkata pusat itu turut dijadikan tempat lawatan penting oleh Pusat Pembanguna­n Kemahiran Industri Kayu (WISDEC) Sabah bagi membincang­kan beberapa perkara.

“Perbincang­an berkenaan termasukla­h Program Latihan Kursus Berjadual atau Suaikhas WISDEC Sabah, Program Installer For Bulit In Cabinet (BIC) dan Program SKM Tahap tiga Khas untuk lepasan pelatih GiatMara Keningau.

“Kemudahan F asi l i t i Desi g nI n c ubat ion Centre (DIC) serta perkara yang boleh mengeratka­n hubungan sesama agensi dalam memperkasa aspek pembanguna­n modal insan dalam bidang industri kayu turut dibincangk­an sepanjang lawatan,” katanya.

Jamidol berkata lawatan WISDEC di GiatMara Keningau sedikit sebanyak memberikan peluang besar kepada lepasan pelatih yang memiliki Sijil Kemahiran tahap dua untuk memperting­kat kemahiran sedia ada mengikut keperluan semasa.

“Lawatan ini juga adalah salah satu pengalaman cukup berharga yang selama ini tidak pernah terlintas di fikiran saya berikutan belum ada agensi besar yang menawarkan untuk bekerjasam­a dengan GiatMara Keningau sebelum ini.

“Kita lebih positif ke arah memperting­katkan GiatMara Keningau dalam pelbagai aspek bagi membolehka­n lepasan pelatih kita sentiasa menjadi buruan pelbagai agensi dalam arena pekerjaan kelak,” katanya.- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

 ??  ?? JAMIDOL menerima cenderahat­i daripada wakil WISDEC.
JAMIDOL menerima cenderahat­i daripada wakil WISDEC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia