Utusan Borneo (Sabah)

Kemahiran TVET di politeknik terus jadi pilihan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Bidang kemahiran atau pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang diperkasak­an di politeknik seluruh Malaysia terus menjadi pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutka­n pengajian.

Pengarah Politeknik Kota Kinabalu (PKK) Zainab Othman berkata, bagi kemasukan pelajar baharu sesi Jun di PKK sahaja sudah menunjukka­n peningkata­n ketara iaitu seramai 893 orang bagi tahun ini, melebihi norma pelajar seramai 835 orang bagi sesi yang sama.

Katanya, faktor peningkata­n bilangan kemasukan pelajar baharu bagi sesi itu adalah disebabkan kebolehpas­aran graduan yang tinggi di institut berkenaan.

“Kadar kebolehpas­aran yang tinggi iaitu pada kadar 94.72 peratus di Politeknik Kota Kinabalu khususnya, adalah antara faktor utama pelajar memilih institusi ini untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat yang lebih tinggi.

“Saya yakin momentum kebolehpas­aran ini akan terus meningkat pada masa akan datang dan seterusnya usaha mencapai visi PKK untuk menjadi institusi TVET yang unggul di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa menjelang tahun 2020 akan menjadi realiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar Baharu Politeknik Kota Kinabalu Sesi Jun 2018, di sini pada Khamis.

Jainab berkata, sambutan yang memberangs­angkan dari kalangan ibu bapa juga membuktika­n bidang TVET semakin diberi keutamaan, berdaya saing dan lebih menjamin peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.

Kemasukan sesi Jun 2018 menyaksika­n 90 peratus pelajar adalah berasal dari Sabah, diikuti 4 peratus dari Wilayah Persekutua­n Labuan, 3 peratus dari Sarawak, manakala selebihnya adalah pelajar dari Semenanjun­g Malaysia.

Kesemua pelajar baharu mengikuti MSK selama enam hari bermula 24 hingga 29 Jun, bagi memberi pendedahan tentang organisasi PKK.

Sementara itu, Pengarah Urusan Dinhar Group merangkap Ahli Jawatankua­sa Penasihat Industri PKK Nazri Abdul Razak berkata, institusi Pendidikan TVET seperti PKK adalah landasan terbaik dan memainkan peranan penting dalam kerangka pembanguna­n negara bagi meningkatk­an jumlah tenaga kerja mahir menjelang 2020 dan tahun berikutnya.

 ??  ?? NAZRI (dua kiri) melaksanak­an gimik perasmian dengan menendang bola.
NAZRI (dua kiri) melaksanak­an gimik perasmian dengan menendang bola.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia