Utusan Borneo (Sabah)

PKNP diarah tolak usul bayar fi dan imbuhan pengarah PCB: MB Perak

-

IPOH: Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengarahka­n Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) supaya menolak usul pembayaran fi dan imbuhan pengarah yang diluluskan pada mesyuarat agung (AGM) Perak Corp Berhad (PCB), kelmarin.

“Sebagai Pengerusi PKNP, yang memiliki saham majoriti dalam kumpulan PCB, saya mengarahka­n PKNP menolak semua usul itu atas kepentinga­n negeri Perak dan rakyatnya.

Pada AGM itu, PCB meluluskan pembayaran Fi Pengarah berjumlah RM441,650 dan imbuhan Pengarah berjumlah RM150,000 untuk tahun kewangan berakhir Disember 2017.

“Kumpulan PCB mencatat kerugian berjumlah RM340.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2017 dan sehingga tarikh tersebut, liabiliti kumpulan itu berjumlah RM158.5 juta, melebihi asetnya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Berdasarka­n prestasi yang mendukacit­akan itu, tidak wajar para pengarah PCB dibayar imbuhan yang besar, kata Ahmad Faizal.

Pada AGM itu, dua pengarah PCB, Datuk Dr S. Vasan dan Datuk Dr Wan N o ras h i k i n Wan Noordi, menolak pelantikan semula ke jawatan itu manakala seorang lagi pengarah, Ab Rahman Mohammed meletak jawatan.

PCB, anak syarikat utama PKNP, terlibat dalam tiga aktiviti teras iaitu pembanguna­n hartanah, pelabuhan dan logistik, selain terlibat dalam sektor hospitalit­i dan pelanconga­n.

Sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan, PCB mempunyai 21 anak syarikat di bawah naungannya, yang masing-masing memain peranan dalam menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi negeri Perak.

Isnin lepas, Ahmad Faizal turut mengarahka­n PKNP menolak semua usul yang dicadangka­n pada AGM Maju Perak Holdings Berhad (MHB). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia