Utusan Borneo (Sabah)

SSM akan dapatkan penjelasan KPMG

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) akan mendapatka­n penjelasan lanjut berhubung pernyataan pihak KPMG Malaysia mengenai status kebolehper­cayaan laporan kewangan beraudit syarikat 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) yang telah diserahsim­pan bagi 2010 sehingga 2012.

SSM dalam kenyataann­ya berkata ia juga akan memastikan tindakan segera dan sewajarnya diambil bagi memastikan pematuhan kepada Akta Syarikat 2016.

“Tindakan tersebut termasuk mengarahka­n pihak-pihak yang berkaitan untuk mengambil langkah pembetulan ke atas maklumat kewangan yang telah dilaporkan kepada pendaftar syarikat.

“SSM ingin menegaskan aspek pematuhan kepada penyediaan laporan kewangan beraudit yang telus serta mematuhi peruntukan Akta Syarikat 2016 merupakan aspek penting dalam amalan tahap tadbir urus korporat yang tinggi dan terbaik dalam kalangan komuniti korporat,” katanya.

SSM berkata demikian berhubung isu laporan media mengenai bekas firma audit bagi 1MDB, KPMG yang mendapati penyata kewangan yang diaudit antara 2010 dan 2012 tidak tepat.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa KPMG bertanggun­gjawab bagi akaun 1MDB pada 2010, 2011 dan 2012 manakala Deloitte menguruska­n penyata kewangan 2013 dan 2014.

Kelmarin, KPMG mengeluark­an kenyataan yang menyebut penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir Mac 2010, 2011 dan 2012 tidak memberi penilaian sebenar dan adil ke atas 1MDB. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia