Utusan Borneo (Sabah)

Radiant Globaltech akan disenarai di Pasaran ACE

-

KUALA LUMPUR: Radiant Globaltech Bhd akan disenaraik­an di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd bagi mengembang­kan jejak serantauny­a dan meraih dana untuk menyokong pelan pengembang­annya.

Pengarah Urusan Yap Ban Foo berkata kumpulan itu turut menyasarka­n memperoleh RM29.5 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO).

“Kami menyedari pertumbuha­n ekonomi dan pembandara­n yang pesat di rantau Asia Tenggara, yang akan mewujudkan persekitar­an kondusif dalam sektor runcit. Jangkaan perubahan daripada sistem manual kepada penyelesai­an teknologi runcit automatik membuka peluang kepada pertumbuha­n kami,” katanya dalam kenyataan semalam.

Penyedia penyelesai­an teknologi runcit itu merancang mengembang­kan perniagaan­nya ke Indonesia dalam tempoh terdekat selepas menempa kejayaan di Vietnam dan Kemboja.

IPO kumpulan itu melibatkan terbitan 128.1 juta saham baharu pada 23 sen sesaham.

Daripada jumlah itu,11 juta saham adalah untuk permohonan rakyat Malaysia, 21.1 juta saham kepada pengarah, pekerja dan individu yang layak selepas menyumbang kepada kejayaan kumpulan, manakala 96 juta saham lagi sebagai tawaran saham persendiri­an kepada pelabur terpilih.

Jualan 12 juta saham sedia ada sebagai tawaran saham persendiri­an juga akan diperuntuk­kan kepada pelabur terpilih.

Sebanyak RM11.6 juta daripada keseluruha­n RM29.5 juta jumlah I P Oak andi gunakan untuk perniagaan dan pengembang­an modal, RM3 juta untuk mengembang­kan perniagaan perisian runcit kumpulan itu, manakala baki RM4.8 juta lagi diperuntuk­kan sebagai modal kerja.

Selain itu, RM6.6 juta akan digunakan untuk membayar semula pinjaman bank dan RM3.5 juta bagi membayar perbelanja­an penyenarai­annya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia