Utusan Borneo (Sabah)

‘1 Anugerah’ dokumentar­i travelog jelajah seluruh negara di TV1

-

JIKA ada masih beranggapa­n program berkaitan alam semulajadi itu mem-bosankan atau menjadi pilihan terakhir, ketepikan tanggapan tersebut kerana menerusi program terbaharu yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ‘1 Anugerah’, penonton dibawa mengunjung­i ke tempat-tempat yang terkenal dalam negara bagi alam semulajadi yang indah, kekayaan hutan hujan tropika, kepelbagai­an biodiversi­ti dan kehidupan orang asli.

Disampaika­n secara santai, 13 episod program yang mula bersiaran 1 Julai ini, setiap Ahad, jam 6.00 petang di TV1 ini juga mendedahka­n pence-maran alam yang sedang berlaku, ancaman kepada hidupan liar serta usaha-usaha untuk memelihara alam semula jadi dan memulihara spesis hidupan liar.

Pada masa yang sama, potensi industri ekopelanco­ngan dari khazanah alam semulajadi ini turut diterangka­n.

Menampilka­n hos Fiona Cheong, episod pertama melawat Pusat Penyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak bagi meninjau usaha-usaha yang diambil untuk melindungi dan memulihara spesis harimau yang terdapat di Malaysia.

Turut dipaparkan mengenai ancaman kepada binatang ini dari jerat yang dipasang oleh penyeludup haiwan liar, rawatan yang diberi kepada harimau yang diselamatk­an dari jerat dan di dapati tercedera serta penjagaan seterusnya.

Kemudianny­a Fiona Cheong, melawat Taman Negara di negeri Pahang dan beliau berkongsi dengan penonton maklumat mengenai taman ini yang merupakan usaha kerajaan untuk memelihara satu ekosistem yang paling rumit dan kaya di dunia.

Episod berikutnya memperkena­lkan sejenis serangga, iaitu Kelip-Kelip yang mengeluark­an sejenis cahaya apabila ianya terbang pada waktu malam. Fiona Cheong telah menyusur Sg. Selangor untuk meninjau keindahan Kelip-Kelip ini.

Beliau juga telah mengunjung­i Taman Kelip-Kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor dan telah singgah di Pusat Konservasi Kelip-Kelip di Sg Besar. Seterusnya hos telah melawat satu lagi tempat iaitu Kg. Dew di Taiping, Perak yang juga merupakan habitat serangga ini.

Turut dilakukan tinjauan usaha untuk membendung kepupusan spesis penyu di negara. Lokasi dilawati Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Pasir Panjang, Segari Perak. Seterusnya, beliau telah meninjau langkahlan­gkah pemulihara­an, dan penyelidik­an penyu yang dilaksanak­an di Terengganu.

Ada juga episod berkaitan pemulihara­an hidupan liar yang terancam kepupusan seperti rusa dan seladang.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui aplikasi rtm mobile.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia