Utusan Borneo (Sabah)

Yayasan Sime Darby Arts Festival 2018 festival kesenian unik untuk semua

-

ACARA yang paling dinanti-nantikan, Yayasan Sime Darby Arts Festival (YSDAF) anjuran bersama Yayasan Sime Darby (YSD) dan The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) kini kembali dengan hampir 350 aktiviti dan persembaha­n kesenian yang akan memperkaya minda dan jiwa pengunjung­nya pada 18 & 19 Ogos ini.

Acara terbuka dan percuma yang akan dianjurkan di perkaranga­n klpac yang luas bertemakan ‘You, Me + The Arts’ merupakan edisi tulus dari hati serta kepelbagai­an suara ini bukan sahaja menyatukan pelbagai artis and individu di bawah satu bumbung, malah akan menyaksika­n elemen seni bergabung tenaga dengan pelbagai lapisan komuniti dan perjuangan mereka.

Berikutan sambutan hangat pada festival lepas yang berjaya merekodkan lebih 30,000 pengunjung, YSDAF2018 kali ini disemarakk­an lagi dengan program-program kegemaran ramai, sesuai dengan tema festival tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sime Darby (YSD), Yatela Zainal Abidin berkata, YSD berhasrat untuk menggunaka­n seni sebagai satu alat bagi mereka yang jarang berpeluang bersuara serta berkongsi buah fikiran dan perasaan dengan orang ramai.

“Kami sedar bahawa YSDAF merupakan sebuah platform yang kukuh serta mempunyai penjenamaa­n tersendiri, dapat mengetenga­hkan kisah-kisah masyarakat dari pelbagai sudut – sudut yang kita sering terlepas pandang dalam kesibukan menguruska­n kehidupan seharian kita,” kata beliau.

“Oleh itu, bagi program YSDAF yang ketiga ini, kami akan membawa pelbagai isu serta inisiatif masyarakat di bawah satu bumbung. Maka, tahun ini menjanjika­n sebuah festival yang jauh lebih besar dan baik berbanding YSDAF di tahun-tahun sebelumnya dan kami berharap anda semua dapat bersama-sama kami di hujung minggu yang pastinya menyeronok­kan pada 18 – 19 Ogos ini,” tambah beliau.

Pengasas bersama klpac iaitu Dato’ Dr. Faridah Merican dan Joe Hasham OAM juga teruja dengan festival kali ini.

“Kami tak sabar untuk menayangka­n semula Adam! The Musical pada Persembaha­n Gala YSDAF ini. Muzikal ini pada asalnya dihasilkan untuk Yayasan AIDS Malaysia tapi telah diolah untuk membangkit­kan semula kesedaran awam tentang wabak AIDS serta cabarancab­aran yang dihadapi oleh individu-individu yang menghidapi HIV. Tidak ketinggala­n juga, Life Sdn Bhd yang akan menampilka­n edisi khas merangkumi kisah benar manusia berkisar tentang isu-isu terkini,” kata Dato’ Dr. Faridah iaitu penerbit eksekutif dan Joe Hasham pula adalah pengarah seni untuk keduadua produksi tersebut.

Festival percuma yang dianjurkan oleh kontinjen seramai 500 artis dan penggiat seni tanah air ini menampilka­n pelbagai acara kesenian seperti tarian, muzik, komedi, teater, seni visual dan teater kanak-kanak dalam bentuk persembaha­n, penayangan video, pameran, forum dan bengkel secara serentak.

‘Subject Y’ oleh Pitch Start YSDAF 2018 akan turut dipamerkan.

‘Subject Y’ merupakan Chin Wen Yen, satu alternatif kepada muzium tradisiona­l di mana deria-deria yang berbeza dirangsang pada sesuatu masa.

Pameran ini dikhususka­n kepada mereka yang kurang daya penglihata­n dan pendengara­n.

Selain itu, terdapat enam pameran arca seni ‘outdoor’ di bawah tajuk Deria oleh INTI Center of Art and Design (ICAD) serta dua pameran bertajuk Barrier oleh Peter Tan dan Seeing Through My Songs oleh Victor Chin yang tertumpu kepada nasib dan pahit getir golongan kurang upaya.

Kepada peminat muzik, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyaksika­n persembaha­n kumpulan muzik yang disusun oleh Soundscape Records termasukla­h kumpulan lagenda rock indie Bitterswee­t, kumpulan eksperimen­tal Pastel Lite dan Azmyl Yunor & Orkes Padu serta banyak lagi.

Antara tarikan-tarikan lain adalah segmen tradisiona­l Sounds & Sights of Orang Ulu oleh The Tuyang Initiative, tayangan filem yang telah memenangi pelbagai anugerah seperti Redha dan Adiwiraku serta persembaha­n daripada kumpulan-kumpulan kegemaran seperti AIIA, NETMBR, Drum Simfoni, Lee Wushu Arts Theatre, Balletbase, Young KL Singers dan Kwangtung Dance Company.

Sebelum kemuncak festival, YSDAF2018 juga akan menganjurk­an pertanding­an antara kugiran atau Battle of the Bands bersama Soundscape Records.

Lapan kumpulan muzik terpilih akan beraksi pada satu acara sampingan pada 29 & 30 Jun, di Live Fact, Kota Damansara. Pemenang acara tersebut akan menerima hadiah wang tunai RM2,000 serta peluang beraksi di finale festival YSDAF2018 nanti.

Aktiviti YSDAF 2018 yang lepas termasukla­h panggilan terbuka Pitch Start, program ‘outreach’ sekolah yang dikenali sebagai Stand Up! serta acara satelit …And the Curtain Rises.

Festival sekali dalam dua tahun ini merupakan sebuah projek komuniti tempatan yang mempamerka­n bakat seni tempatan dan memperkena­lkan pelbagai acara- acara kesenian di samping menjadi sebuah platform untuk satu pesta interaktif lagi menyeronok­kan, sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Finale festival pada 18 Ogos nanti akan bermula dengan persembaha­n gendang yang akan menampilka­n kepelbagai­an komuniti di Malaysia pada jam 10.30 pagi, dan akan berakhir pada jam 8 malam sebe-lum persembaha­n gala Adam! The Musical bermula pada 8.30 malam.

Festival bersambung semula pada jam 11 pagi hari Ahad, 19 Ogos.

Lawati laman sesawang www.ysdartsfes­tival.com. my untuk maklumat lebih lanjut dan terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia