Utusan Borneo (Sabah)

DARI MUKA DEPAN

-

“Sudah tentu perlu dirancang dengan baik dan perancanga­n ini banyak melibatkan bukan sahaja di peringkat pimpinan tetapi kerajaan dan rakyat pun perlu bekerjasam­a.

“Jangan bila berlaku musibah atau ada kekurangan, rakyat mempersala­hkan kerajaan,” katanya selepas melawat mangsa kebakaran Kampung Gas di Sekolah Kebangsaan Gas, petang Khamis.

Jaujan menjelaska­n sudah tentu setiap kejadian bencana ada jawatankua­sa tertentu menanganin­ya.

“Pada peringkat awal ini, seperti biasa kita beri bantuan makanan dan juga mungkin sedikit pakaian.

“Tetapi kita bersyukur kerana tidak ada kemalangan daripada 1,133 rakyat yang melibatkan 147 rumah yang terbabit musibah ini,” katanya.

Beliau berkata apa yang penting mereka perlu bertenang serta bersabar dan sebagai kerajaan yang prihatin, pihaknya sentiasa mengambil perhatian.

“Ini adalah salah satu keprihatin­an kita, bukan tanggungja­wab kerana apa yang berlaku ini satu musibah...tidak ada yang disengajak­an. Bila berlaku begini kita sebagai wakil rakyat perlu turun ke bawah,” katanya.

Turut hadir, Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong Tien Fatt, Menteri Belia dan Sukan Poon Ming Fung @Frankie, Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Arifin Asgali, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Hiew Vun Zin, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Arunarnsin Taib, Adun Elopura Chong Ket Kiun dan para pemimpin masyarakat.

 ??  ?? JAUJAN bersama para pemimpin melawat mangsa kebakaran.
JAUJAN bersama para pemimpin melawat mangsa kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia