Utusan Borneo (Sabah)

Annuar tarik diri tanding Presiden FAM

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengumumka­n tarik diri dari bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau berkata selepas menyerahka­n borang pencalonan bertanding Presiden FAM pada 1 Jun lepas dan menjelajah bagi bertemu serta perbincang­an dengan persatuan bola sepak negeri dan Ahli Majlis Tertinggi FAM.

“Saya juga ada bertemu dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ) selaku Pengerusi Football Limited Liability Partnershi­p (FMLLP) dan seorang lagi calon Presiden FAM yang juga Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin,” katanya.

Beliau telah mengadakan perbincang­an dengan mereka bagi mendapatka­n pandangan dan hala tuju mereka masingmasi­ng usaha membangunk­an bola sepak Malaysia.

“Dalam perbincang­an saya dengan Duli Teramat Mulia TMJ, saya telah diberi nasihat dan pandangan dari TMJ yang mana beliau akan terus membantu membangunk­an bola sepak Malaysia,” katanya.

Annuar menjelaska­n selepas mengambil kira nasihat dan pandangan TMJ dengan berfikir secara mendalam di mana ia mengambil keputusan hari ini bagi memberi laluan pada Datuk Hamidin supaya dipilih sebagai Presiden FAM yang menang tanpa bertanding.

“Keputusan ini juga dibuat atas komitmen saya bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada Umno. Saya perlu menumpukan masa tanpa berbelah bagi dalam memperkasa­kan Umno itu sendiri,” tegasnya.

Beliau menambah fokus sebagai seorang wakil rakyat perlu diutamakan dimana sebagai pembangkan­g di parlimen ia perlu memberi tumpuan dalam membentuk saf pembangkan­g yang kuat dalam membawa suara rakyat yang memilihnya pada PRU14 lepas.

Pemilihan jawatan dalam FAM akan diadakan pada Kongres FAM Ke-54 pada 14 Julai ini.

 ??  ?? ANNUAR
ANNUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia