Utusan Borneo (Sabah)

Politeknik Sandakan jayakan program CSR

- Oleh SALMAN ABADI

POLITEKNIK Sandakan Sabah (PSS) melalui Unit Pengurusan Psikologi (UPP) dengan kerjasama YES Politeknik dan ahli Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah mengadakan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim, Sandakan.

Penyelaras program Farah Najwa Ahmad berkata program itu bertemakan ‘Spreading

Joy’ dan disasarkan khusus untuk anak-anak yang kurang bernasib baik.

Program di bawah seliaan beliau itu melibatkan seramai lima staf dan 30 ahli kelab PRS Politeknik Sandakan.

Menurut Farah, tujuan utama program adalah untuk membangkit­kan sikap prihatin para ahli PRS terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

Aktiviti yang dijalankan diharap dapat menjalin hubungan silaturahi­m dengan anak-anak yatim di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Al-Yakin.

Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Sandakan Rusli Abd Rahman menyempurn­akan perasmian program itu yang turut dihadiri Setiausaha Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Al-Yakin, Haji Rukmana Haji Ansar.

Rukmana berkata, program seumpamany­a amat dialu-alukan oleh pihak mereka bagi memberi pengisian aktiviti kepada penghuni pusat jagaan itu pada hujung minggu.

Seramai 16 penghuni di pusat jagaan itu terlibat dengan aktiviti yang dirancang termasukla­h gotong-royong dan latihan dalam kumpulan (LDK) yang memerlukan interaksi sesama ahli kelab PRS dan penghuni pusat jagaan berkenaan.

Aktiviti latihan dalam kumpulan juga memerlukan peserta untuk mencipta idea-idea kreatif yang membantu merangsang keupayaan mereka berfikir.

Penganjura­n program amat penting untuk memastikan masyarakat khasnya golongan muda (pelajar) agar tidak lupa untuk memberi khidmat kepada mereka yang kurang bernasib baik.

 ??  ?? PESERTA program tekun melakukan aktiviti LDK. SALAH seorang ahli kelab PRS menyampaik­an perkongsia­n berdasarka­n aktiviti yang dilaksanak­an.
PESERTA program tekun melakukan aktiviti LDK. SALAH seorang ahli kelab PRS menyampaik­an perkongsia­n berdasarka­n aktiviti yang dilaksanak­an.
 ??  ?? PENGHUNI Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Al-Yakin (duduk) bersama Rusli (tengah, lima kanan) dan Rukmana serta ahli PRS Politeknik Sandakan.
PENGHUNI Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Al-Yakin (duduk) bersama Rusli (tengah, lima kanan) dan Rukmana serta ahli PRS Politeknik Sandakan.
 ??  ?? RUSLI (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Rukmana (kanan).
RUSLI (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Rukmana (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia