Utusan Borneo (Sabah)

Hisbah lapor SPRM kes rasuah seorang bekas menteri kewangan

-

PUTRAJAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Hisbah Centre for Reform, membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa membabitka­n seorang bekas menteri kewangan.

Laporan itu dibuat Setiausaha Hisbah, Abdul Ghani Haroon yang turut menyerahka­n lebih 600 helaian dokumen kepada SPRM, dipercayai mengandung­i maklumat terperinci berhubung kes itu.

“Dokumen ini merangkumi kepelbagai­an laporan kewangan semasa bekas menteri kewangan itu mengetuai beberapa institusi dan syarikat,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPRM, di sini Khamis.

Abdul Ghani yang enggan mendedahka­n nama bekas menteri kewangan yang dimaksudka­n, sekadar menyatakan bahawa individu itu dilantik di bawah pentadbira­n bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya individu itu juga pernah mengendali­kan antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbesar di negara ini dengan imbuhan lebih RM1 juta.

Abdul Ghani yang turut enggan mendedahka­n bentuk salah guna kuasa oleh bekas menteri kewangan itu berkata laporan berkaitan kes tersebut pernah dibuat oleh pengerusi Hisbah Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor kepada SPRM semasa pentadbira­n Abdullah.

“Hisbah sekali lagi membuat laporan kerana mahu memastikan pentadbira­n kerajaan baharu ini melakukan perubahan dan tidak melakukan kesilapan yang sama yang dilakukan pentadbira­n sebelum ini,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia