Utusan Borneo (Sabah)

‘Blok 404’ kembali selepas 17 tahun, kini di pawagam

-

TELEFILEM bercorak cemas dan seram, Blok 404 arahan Silver Chung yang pernah mencetuska­n fenomena ketika diedarkan dalam format video cakera padat (VCD) sekitar 2001, kini boleh ditonton di pawagam dalam versi filem mulai Khamis.

Pernah menghantui penggemar cerita seram kira kira 17 tahun lalu, pastinya versi filem ini antara karya yang sudah ditunggu lama sekali gus mengubat kerinduan mereka yang sukakan genre sedemikian

Penggambar­an filem ini diadakan sejak 8 hingga 21 Jun tahun lalu di beberapa lokasi seperti Rumah Kebun Hulu Langat dan di sekitar Kuala Lumpur termasuk di Jalan U Thant, Ampang dan Rumah Sri Kenangan, Cheras.

Masih mengekalka­n beberapa pelakon asal seperti Zamarul Hisham, Raja Azrey dan Datuk Boy Iman, filem yang diarahkan Isma itu turut membariska­n beberapa wajah baharu seperti

Fasha Sandha,

Nur Risteena Munim, Amar Asyraf,

Nadia Brian Aedy Ashraf dan Adrea Abdullah. Turut berlakon dalam filem ini adalah Kamal Adli, Kilafairy, Azrel Ismail, Izreen Azminda dan Taufik Hanafi.

Menurut Penerbit Esekutif filem ‘Blok 404’, Kam Abd Manap, usaha menyatukan kembali bintang asal Blok 404 dengan disokong pelakon lain sudah lama difikirkan dan akhirnya menjadi kenyataan.

“Impak cerita ini sangat bagus suatu ketika dulu, jadi kenapa tidak kita kumpulkan semula pelakon yang masih ada. Pihak kita juga berusaha untuk mendapatka­n pelakon asal Nabila Huda, namun dia ketika ini terikat dengan kerja lain,” kata beliau.

Menurut Pengurus Besar DBI Entertainm­ent, Lyana Zulkepli atau Becky, versi filem ‘Blok 404’ tidak mempunyai kaitan dengan telefilem berkenaan.

“Ia adalah sebuah cerita baharu dan bukan kesinambun­gan kepada kisah lama,” kata beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia